ALOR SETAR - Pusat Haemodialisis Zakat Negeri Kedah di Kulim dijangka akan beroperasi selewat-lewatnya pada penghujung tahun 2012.
Setiausaha Zakat Negeri Kedah, Dato’ Sheikh Ghazali Yaacob, pusat haemodalisis itu akan beroperasi di bangunan bawah yang akan menempatkan 24 orang pesakit.
Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan Zakat Perniagaan oleh Syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB) sebanyak RM663,000 kepada Jabatan Zakat Negeri Kedah di Menara Zakat Negeri Kedah, di sini.
Majlis penyerahan zakat perniagaan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Jahubar Sathik Abdul Razak kepada Dato’ Sheikh Ghazali Yaacob.
Menurutnya, penubuhan Pusat Haemodalisis di Kulim adalah bertujuan untuk membantu pesakit yang terdiri daripada golongan miskin di Daerah Kulim.“Manakala Pusat Hameodalisis Zakat Negeri Kedah di Menara Zakat menempatkan 30 orang pesakit dan kebanyakannya paling ramai terdiri daripada pesakit dari Daerah Kota Setar di samping Daerah Pendang dan Yan,” jelasnya.
Tambahnya, jumlah kutipan zakat yang berjaya dikutip oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah sehingga 5 Disember 2011 ialah sebanyak RM89,889,284.18.
Turut hadir ialah Pengerusi BDB, Dato’ Paduka Haji Mohd Saad Endut; Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran BDB, Tuan Syed Saful Yusni Syed Ahmad Fuzi Shahabudin; Pengurus Besar Syarikat Bina dan Kuari Kedah, Encik Mohd Sobri Hussein; Timbalan Pengurus Besar Kedah Holdings dan Encik Ahmad Bokhar Khalid; Pengurus Besar Darulaman Resources, Encik Zainudin Zainul.
Hadir sama ialah Penolong Setiausaha Jabatan Zakat Negeri Kedah, Ustaz Ridzuan Ahmad; Pegawai Agihan dan Pembangunan Asnaf di Jabatan Zakat Negeri Kedah, Tuan Haji Sofiyuddin Ismail dan Pegawai Korporat di Jabatan Zakat Negeri Kedah, Encik Mohd Nasri Ab Ghani.
DPPNK menuntut Kerajaan menyelesaikan dengan segera beberapa kemelut yang berlaku.
Justeru itu DPPNK berpandangan, Kementerian wajib menyelesaikan segera isu ini. Kepada warga guru yang menghabiskan empat tahun di universiti mempelajari ilmu pedagogi, falsafah, sosiologi, psikologi pendidikan. Seterusnya dua minggu menjalani Rancangan Orientasi Sekolah dan 14 minggu menjalani praktikum di sekolah. Fikir-fikirkan dan buat pilihan tepat dalam PRU 13.

Prestasi Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan dalam kajian terbaru Transparency International (TI) mendapati gejala rasuah semakin buruk semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berbanding dua perdana menteri sebelumnya.
Menurut setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, perkara itu adalah mustahil kerana di anatara komponen Pakatan, DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling kurang.
“Kepimpinan yang lemah oleh Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan agenda transformasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan persekutuan gagal sama sekali.
Beliau seterusnya membandingkan pentadbiran Pakatan dengan BN yang dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana terlebih belanja RM3.7 bilion dan juga mengenai skandal RM250 juta “lembu dan kondo” yang membabitkan keluarga seorang menteri kabinet.
negeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, - RM12.2 billion, iaitu paling tinggi dalam sejarah negeri.
negeri tunggal dipuji oleh Transparency International atas usaha lawan rasuah dengan memperkenalkan tender terbuka.