Renungan Sejenak

Selasa, 22 Mac 2011

Saman Royalti Minyak : Kelantan lwn Petronas + Kerajaan Pusat


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan kerajaan Persekutuan untuk menjadi pencelah dalam kes saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petroliam Nasional Bhd atau Petronas bagi membayar tunggakan royalti minyak dan gas negara sejumlah RM800 juta setahun sejak 2005.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof kemudiannya menetapkan tarikh 31 Mac ini untuk membawa kembali kes ini ke bahagian komersial.

Putrajaya sebelum ini memfailkan permohonan mahu campur tangan dengan dibenarkan menjadi defendan kedua dalam kes royalti minyak yang dibawa oleh kerajaan negeri Kelantan.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan Datuk Husam Musa berkata, pentadbiran Najib seolah-olah mahu “membantu” Petronas agar tidak “keseorangan” menghadapi kes itu.

Kerajaan negeri Kelantan sebagai plantif telah memfailkan saman ke atas Petronas pada 30 Ogos tahun lalu kerana telah melanggar kontrak yang ditandatangani bersama dengan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri diwakili oleh peguam Tommy Thomas.

Antara relif yang dituntut adalah satu penjelasan diambil atau satu siasatan diperintahkan yang menghendaki Petronas untuk membuat pendedahan penuh dan benar berhubung semua fakta berkaitan dengan bayaran-bayaran tunai yang perlu dibuat kepada Kelantan.

Ia juga termasuk tempoh dari mana petroleum telah dikeluarkan, didapati atau diperoleh di luar pantai Kelantan, kawasan-kawasan atau blok-blok dari mana petroleum telah didapati dan diperoleh, serta jumlah bayaran tunai yang perlu dibuat kepada Kelantan.

Selain itu, tuntutan ini juga memohon satu perintah supaya semua bayaran tunai pada masa hadapan hendaklah dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan oleh Petronas bagi petroleum yang dikeluarkan di luar pantai Kelantan seperti mana Perjanjian Petroleum Kelantan.

Turut dituntut lima relif yang lain, termasuk relif ganti rugi dan kos.

Saman pemula itu tidak menyatakan jumlah keseluruhan tuntutan daripada Petronas.

Dalam kenyataan tuntutan, kerajaan negeri menjelaskan bahawa Perjanjian Petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975, secara jelas menyatakan bahawa Petronas hendaklah membayar secara tunai sebanyak lima peratus bagi segala hasil minyak sama ada di pantai ataupun di luar pantai negeri berkenaan.

Mengikut klausa kedua perjanjian, bayaran tunai itu hendaklah dibayar dua kali dalam setahun, pada atau sebelum 1 Mac, atau sebelum 1 September.

Menurut Klausa 3 pula, pembayaran tersebut hendaklah terus dibayar selama mana petroleum diperoleh dari negeri berkenaan dan tidak perlu membayar sekiranya petroleum tidak lagi diperoleh.

Dalam kenyataan tuntutan itu, kerajaan negeri turut menjelaskan bahawa hak milik sumber petroleum dan hak-hak keistimewaan untuk mencari gali bukan satu pemberian kepada Petronas tanpa sebarang balasan ataupun pampasan. (tvs news)

Isnin, 21 Mac 2011

Tidak Pernah Dibuktikan DNA Datang Dari Semen – Pakar



KUALA LUMPUR: Hakikat bahawa DNA yang dikemukakan oleh pendakwa adalah dipalit secara tipu helah disahkan oleh seorang pakar DNA, Dr Brian L McDonald.
Ini kerana menurut beliau, bukti-bukti DNA yang dibawa sepanjang perbicaraan adalah tidak relevan kerana ia bukan datang dari semen milik Datuk Seri Anwar Ibrahim atau dari anus Saiful.
“Tidak ada satu pun keterangan yang membuktikan bahawa DNA ‘Lelaki Y’ (yang dikemukakan di mahkamah) diperolehi dari semen milik Anwar atau dari anus pengadu (Saiful),” kata Dr Brian.
Beliau menambah, malah pakar-pakar kimia yang dikemukakan oleh pihak pendakwa sebagai saksi, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon dalam kes ini juga gagal membuktikannya.
“Dr Seah, walaupun menyatakan sampel DNA tersebut diambil dari anus tertuduh, tetapi gagal mengemukakan bukti untuk menyokong kenyataannya,” kata beliau dalam emel kepada KeadilanDaily.
Malah, tambah beliau keterangan Dr Seah and Nor Adora dalam mahkamah juga bercanggah dan tidak konsisten.
Dr Brian mempunyai PhD dalam bidang Phatologi dari University of Western Australia. Beliau yang beroperasi di Australia mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang DNA dan Forensik.
Pendapat Dr Brian ini mengesahkan teori konspirasi umum bahawa DNA Anwar diambil ketika beliau di dalam lokap, kemudiannya dipalit ke sampel bagi mewujudkan bukti.

Jumaat, 18 Mac 2011

Jangan Gadai Nyawa Untuk Loji Nuklear

Gempa bumi dengan ukuran 8.9 pada skala Richter yang melanda timur laut Jepun pada 11 Mac 2011 bukan sahaja mencetuskan tsunami, malah letupan reaktor loji nuklear di Fukushima Daiichi - krisis nuklear yang menyelubungi masyarakat global dengan kebimbangan. Ribuan mangsa disahkan mati, puluhan ribu orang pula kehilangan berikutan bencana alam tersebut. Seandainya keadaan letupan loji nuklear Fukushima Daiichi semakin kritikal, maka kemudaratannya mungkin lebih ketara daripada malapetaka bencana alam. Impaknya bukan sahaja dirasai populasi Jepun, tetapi rantau ini.

Krisis nuklear di Jepun ini merupakan satu amaran kepada Malaysia, yang berkobar-kobar semangatnya untuk membina loji nuklear.

Tragedi letupan loji nuklear Chernobyl pada 26 April 1986 masih dalam ingatan. Letupan ini telah menyebabkan pencemaran radioaktif, yang mana parasnya bersamaan dengan 200 kali ganda ketika bom atom digugurkan di Hiroshima and Nagasaki.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, International Atomic Energy Agency, WHO, UNDP, Ukraine, kerajaan Belarus dan pertubuhan lain PBB telah melengkapkan satu laporan pada September 2006, bahawa tragedi Chernobyl mengakibatkan kematian 4,000 orang, termasuk 47 orang penyelamat daripada WHO, dan sembilan orang kanak-kanak yang dijangkiti kanser tiroid (Thyroid cancer). Laporan penyiasatan WHO yang diumumkan pada April 2006 pula menunjukkan, mungkin 5,000 orang lagi yang mati di kawasan pencemaran radioaktif (termasuk Ukraine, Belarus, Russia dsb). Dengan kata lain, jumlah kematian manusia mungkin melebihi 9,000 orang.

Pada tahun lalu, media asing melaporkan bahawa Tenaga Nasional Bhd berniat untuk membina sebuah loji nuklear pada tahun 2021. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui mengesahkan bahawa kabinet telah meluluskan rancangan untuk membina sebuah loji yang boleh menghasilkan 1,000 megawatt kuasa nuklear, dengan anggaran kos antara RM 6.6 bilion hingga RM13.34 bilion.

Rancangan pembinaan loji nuklear bukan sahaja mengundang kritikan NGO yang berprihatin terhadap isu alam sekitar, malah pakar turut menganggap loji nuklear bukan pilihan Malaysia untuk menyelesaikan masalah bekalan tenaga. Ketua Pegawai Eksekutif The Red Solar Sdn Bhd, Rais Hussin pernah menulis dalam The Edge, memberi amaran bahawa dalam keadaan di mana persediaan yang tidak mencukupi, terutamanya dari segi sumber manusia, keterlibatan Malaysia untuk membina logi nuklear bakal mengundang kesan yang dahsyat.

Selepas krisis nuklear lantaran gempa bumi di Jepun, Presiden City University of Hong Kong, Guo Wei yang juga seorang pakar tenaga nuklear berkata, loji nuklear melibatkan pengurusan kejuruteraan, dan bukan soal fizik. Jadi, unsur "manusia" adalah paling penting. Sistem penyejukan, latihan manusia untuk berdepan dengan pelbagai keadaan, adalah penting dalam soal loji nuklear.

Pandangan kedua-dua pakar ini memperingatkan kita bahawa, seandainya loji nuklear dibina, maka kemampuan untuk menjaga keselamatan loji nuklear adalah perkara yang terpenting.

Sesungguhnya, jikalau lampu hijau diberikan kerajaan, malah Tenaga Nasional sanggup membelanjakan wang, maka secara semulajadinya akan ada kumpulan syarikat yang sudi melabur dalam pembinaan loji nuklear. Lebih-lebih lagi, laporan Kajian Impak Terperinci Alam Sekitar (DEIA) hanyalah rubber stamp untuk meluluskan projek mega. Justeru itu, pembinaan loji nuklear hanyalah soal masa.

Namun demikian, apa yang menjadi kebimbangan rakyat adalah, sejauh manakah kemampuan negara kita untuk mengekalkan keselamatan selepas loji nuklear dibina dan mula beroperasi? Ia bukan hanya melibatkan kepakaran yang boleh dikerah Tenaga Nasional, tetapi juga sama ada kerajaan mampu menyediakan persediaan, sumber dan kecekalan yang mencukupi, untuk memantau penjagaan keselamatan loji nuklear?

Mereka yang tinggal di Malaysia sememangnya mengeluh dengan keberkesanan perkhidmatan kerajaan. Misalnya, hampir setiap tahun kita akan berdepan dengan tragedi kemalangan bas yang meragut puluhan nyawa, dan tragedi ini berkait rapat dengan penguatkuasaan unit pengangkutan awam yang tidak ketat, pemantauan yang tidak berkesan dan sebagainya. Malah, walaupun diswastakan seperti Tenaga Nasional, POS dan Telekom, keberkesanan perkhidmatannya juga tidak begitu memuaskan.

Dalam keadaan sedemikian, kekhuatiran terhadap keselamatan diri kita selepas loji dibina adalah berasas. Adalah menjadi tanda soal sama ada negara kita mampu dari segi kemahirannya untuk menguruskan krisis, seandainya kemalangan berlaku dalam loji nuklear?

Selepas "dasar penswastaan" dilaksanakan Perdana Menteri keempat Mahathir Mohamad sejak tahun 1980-an, tujuan asal penswastaan telah berubah menjadi "perniagaan", iaitu keuntungan dan longgakan kapital didahulukan, sebaliknya perkhidmatan awam dikemudiankan. Dengan kata lain, keuntungan diutamakan dengan menggadaikan kepentingan awam. Misalnya, Empangan Bakun di Sarawak dan Empangan Sungai Selangor - semuanya mencapai matlamat dengan mengorbankan hak kaum asal.

Seandainya kerajaan Barisan Nasional berpandangan jauh, atau masih berhati-perut (walaupun sukar ditemui) - mereka seharusnya mengkaji sedalam-dalamnya projek pembinaan loji nuklear, jangan sehingga rakyat Malaysia dan negara jiran terkorban di bawah kapitalisme. Biar betapa bodohnya politikus sekalipun, mereka akan dapat memikirkan kesan pencemaran nuklear yang bakal memberi impak kepada generasi anak mereka, walaupun mereka mungkin telah terbaring di bawah natu nisan pada ketika itu.

*Artikel ini disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal, yang disiarkan pada 16 Mac 2011. Gambar dari Reuters.

Selasa, 8 Mac 2011

Reseptif Kepada Kritikan, Mantapkan Strategi Pakatan Rakyat


Berlalunya PRK Kerdau dan Merlimau, sudah 3 PRK terus-menerus PAS 'gagal' untuk memenanginya. Tidak bermakna PAS gagal kerana jumlah undi PAS turut meningkat dalam 2 PRK tersebut, cuma gagal untuk menang, jadi ianya masih tetap dianggap gagal oleh pejuang kebenaran yang perlu menawan untuk menegakkan Islam.

Jika kita lihat keputusan dan mengkaji pula kaedah dan strategi yang digunakan oleh PAS, jelas UMNO tidak segagah yang disangka (mengharapkan jentera dan agensi kerajaan malah duit rakyat berjuta-juta yang disalahguna untuk peruntukan 'mee segera' di sana) tapi kelemahan strategi PAS yang kelihatan.

Sudah sampai masanya PAS Pusat merombak semula jentera pilihan rayanya dan melantik 'team baru' menggantikan team yang ada. Team yang ada merupakan team yang sudah hilang taringnya dan daya saing malah gagal menghadapi cabaran-cabaran di zaman dunia teknologi dan pantas ini. Buktinya, jentera PAS belum ada team perang saraf yang berstrategik malah juga dikatakan 'dingin' dengan bloggers-bloggers Pro Pakatan Rakyat akhir-akhir ini. Ini sangat merugikan pihak kita sebenarnya.

Sedangkan pihak BN yang diakui mempunyai sumber kewangan yang lebih kukuh telah mempunyai team-team perang saraf yang mereka sendiri memberi upah yang agak lumayan. Pendekatan berbaik-baik dengan bloggers-bloggers Pro Barisan Nasional pula umpama suatu kelebihan buat mereka. Perang media alternatif lebih dikuasai pihak BN buat masa sekarang, berbanding ketika mana tsunami politik melanda rakyat pada tahun 2008 yang lalu.

Team pilihan raya kita pula masih berada di kalangan orang lama yang agak terhad dengan idea-idea baru, dengan sasaran pengundi baru pula yang mahukan pembaharuan dalam usaha untuk memikat hati mereka. Jentera dari pelbagai peringkat perlu di'tamrin'kan dengan kursus-kursus dan strategi menghadapi pilihan raya, terutama berkaitan perang saraf dan gerak kerja yang berkesan untuk menawan hati rakyat.

Petikan-petikan analisis yang saya 'kepilkan' dalam blog ini, buat tatapan dan muhasabah untuk pembaca sekalian. Bukan untuk memburukkan mana-mana pihak, namun untuk membuka minda kita, dalam proses penambahbaikan dan menjadikannya sebagai suatu kritikan membina bagi pihak yang memperjuangkan kepentingan rakyat.

Sebagai contoh di Kerdau, Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Pengarah Pilihan Raya hendak membuat laporan polis oleh kerana organisasi pilihan rayanya dibolosi oleh 'mata-mata' dari UMNO. Sebenarnya intip-mengintip ni adalah aktiviti biasa dalam strategi perang dan gerak saraf, namun perkara berkenaan pun belum dapat ditangani dengan sebaiknya oleh pihak kita.

Jika pejabat pilihan raya PAS boleh dibolosi oleh musuh bermakna sistem keselamatan bilik pilihan raya PAS tidak cekap dan tidak sistematik. Tidak cukup ampuh untuk menangkis susupan susuk tubuh dari pihak musuh. Inilah contoh betapa kurang strategiknya jentera pilihan raya PAS dalam menghadapi pilihan raya seumpama ini.

Sekiranya PAS Pusat tidak mengatasi masalah ini, berkemungkinan besar dalam PRU ke13 akan datang, PAS akan kehilangan banyak kerusi kelak. Jangankan menambah kerusi, kerusi yang ada dalam genggaman pun kemungkinan akan terlepas ke tangan pihak lawan.

Kita melihat kerusi yang majoriti Melayu pun bukan boleh dijadikan taruhan atau kawasan target untuk dimenangi, maka ia menjadi satu amaran bermakna buat pihak PR. Pimpinan PR perlu sedar segera dari lamunan ini, sebelum ianya menjadi barah dan rakyat melihat pimpinan PR tidak mahu berubah, maka rakyat yang akan berubah angin dari meneruskan tsunami PRU 2008 yang lalu.

Saya melihat, tidaklah sampai perlu menukar Presiden PAS dan pucuk pimpinannya dalam masa terdekat seperti mana cadangan 'Tulang Besi' seorang blogger PR di alam maya, namun cukuplah dahulu merombak dan 'review' semula jentera pilihan raya PAS itu sendiri. Mungkin juga 'review' jawatan-jawatan penting yang dirasakan perlu bagi menerajui cita-cita PR ke Putrajaya. Kemudian buat kerja rumah tentang strategi pilihan raya secara efektif. Perkasakan jentera penerangan hingga ke akar umbi. Ianya sangat-sangat penting untuk mendepani pihak BN yang semakin menghargai bloggers-bloggers dan suara anak muda kini.

Kita perlu mendengar luahan dan rasa orang bawahan dan jangan melihat dari atas semata-mata, kerana sikap tersebut akan memakan diri sendiri. Suara ahli dari akar umbi penting bagi mengetahui realiti yang berlaku di peringkat akar umbi parti. Perpecahan dalam PKR pun dilihat berlaku dek kerana egonya pucuk pimpinan yang mengabaikan suara ahli bawahan. Kritikan membina ahli hanya dilihat sebagai melukut di tepi gantang.

Imej PKR misalnya sudah tercemar di kalangan sebahagian rakyat, jadi elakkan PR membincangkan isu-isu yang boleh memecahkan Pakatan Rakyat menggunakan media. Bincang secara dalaman berkaitan isu-isu sensitif. PAS perlu meraih semula undi Melayu yang semakin 'lari' kepada UMNO, PKR perlu membersihkan imej mereka sedikit demi sedikit dengan menaikkan imej PR di Selangor misalnya.

Kenyataan Timbalan Pres. PKR, Azmin Ali untuk perebutan kerusi di Sarawak, sangat merugikan PR. SNAP perlu didekati untuk menguatkan Pakatan Rakyat untuk mengalahkan BN di Sarawak. SNAP lebih lama dari PKR sendiri di sana. Mantapkan PKR sendiri dahulu sebelum menunjukkan gaya angkuh seperti itu. DAP dan SNAP dipercayai lebih kuat dari PKR di Sarawak. Bincang terlebih dahulu, sebelum keluarkan kenyataan kurang cerdik di media, yang pasti akan dimanipulasikan berhari-hari oleh media BN.

Sekarang ini, paling utama juga, isu-isu berkaitan anak muda dan kepentingan rakyat perlu diperhebatkan oleh PR, gunakan isu yang BN dilihat membebankan rakyat dan menyalahgunakan duit rakyat seperti saman ekor, saman trafik, pelaksanaan GST, kenaikan harga barang dan minyak petrol, kutipan tol, penyelewengan PKFZ dan sebagainya.

Bukti Buku Jingga boleh dilaksanakan secara berperingkat perlu dimaksimumkan PAS, DAP dan PKR di negeri-negeri PR seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Semua parti PR perlu berganding bahu memperkukuhkan kepercayaan rakyat di negeri-negeri PR sebelum meraih kepercayaan rakyat Malaysia umumnya untuk menawan hati rakyat dalam PRU 13 nanti.

Antara perkara yang paling penting juga, PR perlu mengabaikan provokasi isu oleh pihak BN untuk melambatkan gerak kerja PR sendiri. Banyak isu sengaja ditimbulkan BN untuk merencatkan gerak kerja dan fokus isu PR sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah dalam menangani gerak kerja perang saraf dari pihak lawan.

Selain itu,saya amat bersetuju BERSIH 2 perlu dilancarkan segera untuk memastikan sistem pilihan raya yang ada bukan menjadi padang yang tidak rata sebagai medan demokrasi di negara kita. Cukuplah segala agensi kerajaan menjadi kuda tunggangan pihak mereka, jangan pula kuasa rakyat untuk menuntut keadilan SPR diabaikan. Jika tidak, tiada guna menggunakan pilihan raya kecuali menggunakan medan jalan raya seperti mana di Tunisia dan Mesir. Fikir-fikirkanlah.


Boleh juga merujuk di :

http://www.detikdaily.net

http://www.harakahdaily.net

Kalah 2 PRK : Masa Untuk PR Ubah Strategi

PAS-PR sepatutnya membuat kejutan di Kerdau. DUN Kerdau antara kawasan yang menjadi sasaran untuk dirampas dalam pilihan raya ke-13 berdasarkan kemenangan BN dengan majoriti kurang 1,500 dalam PRU 2008 lalu.

Benarkah BN bayar wang kepada peneroka undi mereka meningkat?


Kerdau juga berhampiran dengan kawasan yang pernah menjadi milik pembangkang seperti Jengka. PAS mempunyai penyokong dan jentera yang kuat di kawasan tersebut. Maka tidak sepatutnya keputusan yang buruk diperolehi parti itu sehingga Umno mendabik dada undi orang Melayu telah kembali menyokong mereka. Calon Umno walaupun dipertikai kelulusan agamanya tetapi terbukti berjaya mencapai kejayaan menambah majoriti BN lebih seribu undi berbanding PRU lalu.

Dua pilihan raya kecil yang BN menambah majoriti ini adalah petanda buruk kepada Pakatan Rakyat. Tidak dapat ditolak kemungkinan pada PRU ke-13 bukan PR yang akan menawan Putrajaya tetapi gabungan itu akan hilang negeri kecuali Kelantan. Pemimpin PR perlu sedar dari mimpi dan bulan madu. BN telah kembali kepada kekuatan asal.

Nasib yang bakal ditempuhi PR tidak akan jauh bezanya seperti PRU 2004 di mana BN menang besar menguasai 7/8 kerusi parlimen. Kelantan hampir tumbang dan KEADILAN ketika itu hanya tinggal 1 kerusi di Permatang Pauh.

Semua itu kerana pemimpin yang tidak mendengar amaran awal dari akar umbi. Abdullah Badawi masih segar ketika ketika pilihanraya 2004 berlangsung dan rakyat mengharapkan sesuatu dari kebijaksanaannya memimpin. Namun Barisan Alternatif (BA) waktu itu tersalah strategi mengekalkan impian ingin menakluk Malaysia, bukannya menumpukan kepada aspek kelemahan Abdullah. Akhirnya BA dimalukan pada pilihanraya April 2004. Situasi yang hampir sama berulang kini ketika Najib dianggap ‘nafas segar’ BN dan mencipta pelbagai cogankata dan ‘ubat ajaib’ tranformasi ekonomi

“Sekadar pemimpin PR turun padang dan bertemu rakyat masih tidak cukup, sedangkan kita dihentam pada setiap hari melalui propaganda media BN.

“Saya sudah beritahu pemimpin tertinggi PR sebelum ini, kita sudah hilang undi India tetapi mereka tidak mahu percaya. Mereka kata saya tidak tahu apa yang saya perkatakan. Susah untuk bercakap dengan mereka (pemimpin PR),” keluh Jennifer seorang penyokong komponen PR.

waktu pilihanraya paling sesuai minta ganjaran?


Menurut beliau, PR tidak memiliki media yang cukup bagi menjawab serangan BN kerana itu rakyat hanya melihat keburukan pembangkang tanpa PR mampu memperlihatkan sisi kebaikan perjuangan mereka.

“Orang DAP kata undi India bagi PR boleh dikira musnah. Ada yang meramalkan Selangor dan Kedah bakal tumbang,” ulasnya lagi

Krisis Asia Barat dan kejatuhan kerajaan Mesir serta Tunisia tambah merosakkan pemikiran pemimpin PR. Bagi mereka revolusi boleh berlaku dengan Twitter dan facebook. Mereka menganggap tidak perlu media cetak untuk menyerang balas.

“Facebook berkesan di Mesir kerana keadaan hidup rakyat terlalu daif. Rakyat Malaysia tidak sedaif di Tunisia dan Mesir. Malah pembangunan ekonomi di negara ini rancak. Pemimpin PAS dan PKR perlulah lebih realistik. Ketika Najib membandingkan Malaysia dengan negara maju Eropah dan Malaysia akan jadi seperti itu 9 tahun dari sekarang mengapa Anwar membandingkan dengan Leela dan Suzanne (isteri diktator Zin Abidin dan Mubarak) dengan Rosmah (isteri Najib). Ini perbandingan yang melangkah ke belakang,” kata seorang blogger yang tidak mahu dikenali.

Tambahnya, cara yang paling berkesan ialah membalas isu membadingkan negara maju dan kos hidup, hak asasi, kebebasan bersuara, kos rawatan perubatan, pendidikan, nilai realistik mata wang berbanding barang yang boleh dibeli dan sebagainya.

Rakyat tak peduli fakta apa pun janji dapat wang BN menang


“Tidak ada siapa yang ambil peduli mengenai diktator negara miskin atau perubahan politik di negara itu sedangkan rakyat di Malaysia tidaklah miskin, harga getah dan kelapa sawit memuaskan.

“Sebaiknya PR jumpa mereka bandingkan hidup mereka dengan rakyat di Eropah atau Jepun. Malaysia akan maju 9 tahun lagi adakah sama keadaannya. Tahun hadapan cukai GST akan diperkenalkan, setiap barang akan dicukai kecuali yang dinyatakan tidak dicukai. Sistem sekarang, barang tidak dicukai kecuali yang dinyatakan dicukai. Itukah harga yang perlu dibayar untuk menjadi maju?. Dan banyak hal lain yang boleh menggugat kepercayaan rakyat kepada BN selain membandingkan situasi politik negara Asia Barat yang miskin,” bidasnya.

PR perlu mengubah cara mendekati rakyat dan menarik sokongan mereka mulai sekarang jika tidak mahu dimalukan dalam PRU-13. Perlu wujudkan media PR sendiri, bukannya bergantung kepada media parti. Pendekatan mengedar risalah menjelang pilihanraya tidak lagi efektif. Sebaliknya perlu diedarkan risalah secara berkala pada setiap bulan.

Isu agak terhad kerana Najib masih baru memerintah. Kisah Altantuya telah dilupakan, skandal baru tidak wujud dalam masa 2 tahun kebelakangan ini yang melibatkan Perdana Menteri. Dalam situasi seperti ini rakyat mudah memberi peluang kepada PM yang baru dilantik untuk menerajui negara untuk penggal kedua.

Berbeza dengan situasi pada 2008, Abdullah yang diberi harapan pada 2004 mensia-siakan peluang dengan sering tertidur sewaktu mesyuarat. Koridor yang dibinanya pula gagal dijelaskan dari mana datangnya modal. Pertengahan 2006 menantunya Khairi Jamaluddin dikaitkan dengan kontroversi sering campurtangan dalam pemerintahan negara. Begitu juga beberapa skandal kewangan yang membabitkan keluarga Abddullah.

Semangat sahaja tidak cukup menghadapi BN, strategi mesti sesuai


Maka ketika itu rakyat melihat Anwar yang belum diuji kehebatan gagasannya dalam politik baru menyatukan rakyat Malaysia perlu diberikan kepercayaan. Namun selepas beberapa tahun PKR lebih kelihatannya banyak terlibat dengan pembelotan pemimpin daripada berita yang menggembirakan rakyat.

Di pihak pentadbiran Najib, isu perkauman tidak lagi dimainkan Umno sebaliknya Perkasa. NGO Perkasa membangkitkan pelbagai isu yang menggugat pemikiran orang Melayu apa perlu dikurangkan hak mereka untuk dikongsi kaum lain. Biarpun hak itu tidak digariskan perlembagaan dan hanya menjadi polisi pentadbiran BN bagi menguntungkan perlaksanaan dasar kapitalisme-kroni mereka.

Maka satu-satunya cara yang dilihat berkesan ialah membandingkan apa yang diberikan di negeri PR khususnya Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang kepada rakyat. BN memberi pelbagai bantuan dalam polisi 1Malaysia namun kemudian menaikkan harga minyak dan barang keperluan, menuntut saman ekor, melaksanakan cukai GST dan sebagainya. Bermakna setiap satu sen bantuan yang diberi akan dikutip semula daripada rakyat melalui pelbagai kaedah. Sedangkan PR sebaliknya memberi air percuma, bantuan kepada warga emas, kanak-kanak sekolah dan skim khairat kematian tanpa menaikkan apa-apa cukai di bawah PBT kerajaan negeri.

Mengapa perbezaan besar polisi PR dan BN itu tidak dijadikan modal berkempen yang baik oleh pemimpin PR? Menyerang BN tidak banyak gunanya pada ketika rakyat kembali yakin kepada pemerintah sebaliknya tunjukkanlah PR lebih sempurna dan lebih perlu diyakini untuk diundi.

Semua Teguran Ke Atas Pakatan Rakyat Dianggap Jahat??

Oleh NOBISHA

Seperti dijangkakan, Barisan Nasional menang besar dalam pilihanraya kecil di Merlimau dan Kerdau. Di Merlimau, calon BN Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38. Di Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon PAS, Hassanuddin Salim, 43. Tahniah kepada BN dan juga calon-calon berkenaan.

Dalam proses demokrasi, ada yang menang dan ada yang kalah. Bagi yang kalah, usah cipta alasan untuk menjustifikasi kekalahan tersebut. Muhasabah dan perbetulkan kesilapan yang dilakukan. Sejak mara bergaya dalam pilihanraya umum pada Mac 2008, parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah melakukan banyak kesilapan. Malangnya, apabila ada pihak yang menegur, maka mereka dilabel sebagai pecacai UMNO atau BN. Akhirnya, ramai juga yang mengatakan, biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya. Nak kritik tak boleh, nak tegur pun tak boleh. Semua orang yang menegur Pakatan Rakyat dianggap "jahat" dan mempunyai motif tersembunyi. Mungkin atas sebab itu jugalah, sesetengah bloggers pro-Pakatan Rakyat mendiamkan diri sewaktu PRK Merlimau dan Kerdau.

Maka, ramai yang memilih untuk terus menegur Barisan Nasional yang dilihat sebagai lebih reseptif kepada kritikan. Malah, Pengerusi BN Dato' Seri Najib Tun Razak mengatakan zaman kerajaan (dalam konteks ini merujuk kepada kepimpinan BN) tahu semuanya sudah berakhir; maka pemimpin harus mendengar pendapat rakyat. Dalam beberapa ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO, Najib banyak mengingatkan perwakilan UMNO untuk mendengar suara rakyat dan membuang tabiat buruk yang menyebabkan parti dan pemimpin BN ditolak dalam pilihanraya umum lepas. Hal yang sama disebutkan berulangkali dalam Konvensyen BN.

Saya fikir "transformasi politik" yang disebutkan Najib adalah merupakan respon beliau kepada kritikan rakyat yang ingin melihat BN berubah. Kesediaan Najib untuk berubah adalah merupakan satu sikap yang cukup merendah diri. Bukan mudah untuk melihat pemimpin politik berkata, "Saya sanggup berubah." Yang ramai ialah pemimpin politik yang mendongak kepala ke langit dan tak boleh ditegur langsung. Pemimpin politik "semua orang salah, saya seorang saja yang betul" memang ramai.

Sepanjang lebih lima tahun saya menulis blog ini, beberapa orang Ketua UMNO Bahagian - termasuklah beberapa orang Timbalan Menteri - telah memanggil saya bagi mendengar kritikan kepada UMNO. Walaupun ada yang merah muka apabila saya bercakap, namun saya fikir mereka hargai kritikan ikhlas saya terhadap parti itu.

Atas perubahan inilah, maka saya fikir pengundi di Kerdau dan Merlimau memberikan sokongan yang besar kepada BN. Tentunya, saya tidak menafikan ada faktor-faktor lain termasuklah kepimpinan parti itu yang bekerja keras sepanjang tempoh berkempen.

Dalam keghairahan BN meraikan kemenangan di kedua-dua pilihanraya itu, saya fikir parti itu belum lagi melepasi paras "bahaya". Sementara orang lain mengucapkan tahniah, biarlah saya memberikan ingatan kepada BN bahawa adalah menjadi satu kesilapan yang besar sekiranya ia merasakan kemenangan di Merlimau dan Kerdau itu sudah cukup membuktikan ia mampu menang besar dalam PRU13 nanti.

Sekiranya BN ingin kembali mendapat dua pertiga kerusi di Dewan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang, maka ia harus melakukan perkara-perkara berikut:

Pertama, tentukan momentum kemenangan di Galas, Batu Sapi dan Hulu Selangor yang kemudiannya dimantapkan dengan Tenang, Merlimau dan Kerdau diteruskan dalam pilihanraya Negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi. Saya meramalkan pembangkang Sarawak akan menang sebanyak 13 daripada 71 kerusi DUN Sarawak. Bagaimanapun, sekiranya BN Sarawak dapat membuktikan saya salah dan kemenangan pembangkang tidak sampai 10 kerusi, maka itu adalah petanda yang baik bagi BN dalam menilai sokongan rakyat.

Kedua, menambahkan peratusan sokongan Melayu kepada sebanyak 10% dari tahap sokongan sekarang, Cina dan India di antara 15% hingga 20% lagi bagi semua kawasan, termasuklah kawasan bandar. BN tidak boleh bergantung kepada kawasan luar bandar semata-mata. Ia juga harus menang di kawasan-kawasan bandar untuk memperolehi legitimasi memerintah. Sementara sokongan pengundi Melayu penting, namun BN tidak boleh bergantung kepada undi satu bangsa saja untuk berkuasa.

Ketiga, membuang mentaliti "fixed deposit." Saya tidak percaya ada mana-mana negeri atau kawasan Parlimen / DUN yang merupakan "fixed deposit" kepada mana-mana parti politik. Saya pernah sebutkan sebelum ini bahawa pengundi sekarang - termasuklah di luar bandar - adalah merupakan pengundi nomad. Sokongan mereka berpindah-randah. Atas sebab itulah maka BN tidak harus memandang ringan serangan lawan walaupun di kawasan yang dianggap "putih." Sikap sedemikian akan hanya mengundang malapetaka.

Atas semangat itu, maka BN tidak boleh ambil mudah serangan lawan. Sikap BN sebelumnya - "tak apalah, pembangkang bukan boleh buat apa!" - harus dikikis. Saya melihat apabila Najib memberikan respon kepada "Buku Jingga," ia lahir dari sikap mengambil berat serangan lawan, walau bagaimana tidak signifikan sekali pun serangan tersebut. Begitu juga dengan tuduhan demi tuduhan kepada BN. Dalam politik persepsi, tohmahan yang tidak dijawab akan dianggap betul.

Keempat, meneruskan "transformasi politik" - khusus dalam soal pemilihan calon. Di Tenang, Merlimau dan Kerdau, ketiga-tiga calon BN adalah merupakan lepasan IPT, berumur di bawah 45 tahun dan merupakan bekas penjawat awam. Saya fikir calon muda, berpendidikan dan dari kalangan penjawat awam atau aktivis sosial lebih mudah diterima rakyat dan kurang kontroversi.

Di Kerdau, calon BN ialah Naib Ketua UMNO Bahagian, di Merlimau hanya Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, manakala di Tenang, Azhar Ibrahim hanyalah ahli biasa UMNO. Ini bermaksud BN harus mampu melebarkan jaringan pemilihan calon kepada semua 3.5 juta orang ahlinya, dan tidak menghadkan pemilihan itu kepada hanya Ahli-ahli Jawatankuasa UMNO, MCA, MIC dan Gerakan (sekadar menyebutkan beberapa nama parti komponen BN) saja. Najib telah menyebut bahawa penyandang jawatan dalam parti tidak semestinya menjadi calon.

Najib harus menyingkirkan pemimpin UMNO yang bertindak sebagai "war lord" yang menyebabkan parti itu disisih rakyat dalam PRU lalu. Ini termasuklah pemimpin yang menganggap mereka sajalah yang paling berkuasa di kawasan itu dan semua perkara yang hendak dilakukan mesti mendapat restu mereka. Cakap bergegar-gegar dan tepuk meja untuk memaksa orang mendengar pandangan. Pemimpin sebegini mungkin dianggap "hulubalang" di zaman Kesultanan Melaka dulu, tetapi hari ini rakyat ingin melihat pemimpin yang mampu melakukan "engagement" secara berterusan.

Berdasarkan "maklumat kedai kopi" yang diperolehi, khabarnya lima orang (dari keseluruhan 15 bahagian) Ketua UMNO Bahagian di Kedah tidak akan disenaraikan sebagai calon dalam PRU13 nanti. Sekiranya ini benar, maka ia memberikan peluang kepada muka-muka baru di negeri itu. Anda mungkin ingin tahu siapakah mereka itu. Ah, biarlah rahsia!

Sewaktu Konvensyen BN Sarawak hujung minggu lalu, Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud menyebut akan menampilkan lebih ramai muka baru dan profesional sebagai calon. Desas-desus awal mengatakan seramai 10 orang calon PBB (dari 36 kerusi PBB) akan digugurkan. Melihat kepada senarai wakil rakyat sedia ada, saya sarankan agar PBB mencalonkan lebih ramai lagi anak muda - malah saya ingin menyarankan agar 15 calon PBB sedia ada digugurkan bagi memberikan laluan kepada mereka.

Dan, kelima, berikan tumpuan kepada pengukuhan parti-parti komponen BN. Selepas pilihanraya umum lalu, UMNO telah melaksanakan pelbagai proses transformasi parti itu. Ada perubahan, namun saya fikir bukan mudah untuk mengajar gajah menari. Sementara UMNO sedang melaksanakan kursus pengukuhan organisasi untuk sekitar 56,000 pemimpin akar umbi parti itu, saya masih belum melihat usaha sedemikian di kalangan parti-parti komponen yang lain. Sewajarnya parti-parti komponen BN juga melaksanakan hal yang sama memandangkan pilihanraya umum sudah semakin hampir. Konvensyen BN bagus untuk membakar semangat, namun tidak cukup untuk memberikan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi pilihanraya.

Sementara tidak salah untuk penyokong-penyokong BN merayakan kemenangan di Merlimau dan Kerdau, namun saya fikir mereka harus membezakan antara pertempuran (battle) dan peperangan (war). Menang pertempuran tidak bermakna sekiranya BN tidak mampu menang peperangan! ---

Dipetik daripada http://nobisha.blogspot.com/ dengan tajuk asal

MERLIMAU & KERDAU: INGATAN UNTUK BARISAN NASIONAL

MB dan 10 Exco Kerajaan Kedah Angkat Sumpah


ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta 10 Exco kerajaan negeri mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit Bukit, di sini hari ini.

Azizan ketika ditemui selepas majlis berkenaan berkata pelantikan barisan Exco itu dikekalkan, namun ia melibatkan sedikit rombakan portfolio.

Beliau berkata anggota yang terlibat dengan perubahan portfolio ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga.

Turut berubah portfolio ialah Datuk Ir. Amiruddin Hamzah yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan; Pertanian dan Industri Asas Tani; Bioteknologi dan Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan. Anggota Exco tidak terbabit dengan perubahan portfolio ialah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi .

Manakala Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib dilantik kembali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan. Anggota lain yang dikekalkan ialah Siti Aishah Ghazali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat serta Dr Ismail Salleh selaku Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

S. Manikumar turut dilantik semula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, manakala Lim Soo Nee memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia.

Abd Ghani Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Usahawan, manakala jawatan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan disandang Tan Joon Long @ Tan Chow Kang.

Sementara itu, portfolio Azizan turut dikekalkan iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Keselamatan Negeri, Kewangan dan syarikat Milik Kerajaan.

Azizan berkata pelantikan barisan Exco itu dikekalkan kerana setakat ini pihaknya berpuas hati dengan pencapaian mereka dan berharap usaha dapat digandakan bagi memastikan pentadbiran negeri lebih baik.

"Pelantikan ini diharap berkekalan selama setahun... selama tiga tahun menjadi Exco sebelum ini, banyak pengalaman sudah kami lalui," katanya. - BERNAMA

Kenapa Pengundi Tolak PAS??

Oleh: Ahmad Baei Jaafar

Calon PAS Hassanuddin Salim tumpas di tangan Syed Ibrahim Syed Ahmad dengan majoriti 2,724 undi. Hassanuddin mendapat 2,336 undi manakala Syed Ibrahim mendapat 5,060 undi.


Dalam pilihan raya kecil kali ini, seramai 8,999 pemilih layak mengundi – pertambahan 542 orang daripada 8,451 pada tahun 2008. Manakala peratusan keluar mengundi pula meningkat kira-kira 3 peratus - daripada 80.33 kepada 83.2 peratus.

Manakala BN Melaka mengekalkan kerusi Merlimau melalui Roslan Ahmad yang mengalahkan Yuhaizad Abdullah dari Pas dengan majoriti 3,643 undi. Roslan meraih 5,962 undi sementara Yuhaizad 2,319 undi.

Apabila keputusan sudah dibuat oleh rakyat, kita kena terima seadanya. Orang BN sudah boleh senang hati kerana keputusan itu menunjukkan mendung BN semakin berlalu. Tetapi bagi PAS dan PR peluang untuk mereka bermuhasabah kenapa rakyat menolak PAS dan PR.

Kekalahan PAS telah diulas oleh pemimpin BN yang jelasnya negatif. Tetapi pandangan negatif itu tidak seharusnya dipandang sebelah mata. Hal ini kerana menurut ilmu tasauf, kalau kita nak buat perubahan dengarlah komen musuh. Kemen mereka walaupun tidak ikhlas adalah satu pandangan yang akan memberi manfaat kepada perjuangan.

Sebelum kita mengenal pasti sebab rakyat menolak PAS, suka saya menjelaskan di sini, kemenangan PAS dan PR dalam pilihan raya umum lalu bukan semata-mata rakyat percaya kepada perjuangan PR. Kemenangan PR kerana dua sebab:

1. Kelemahan BN hingga menghilangkan keyakinan rakyat.
2. Rakyat tiada pilihan lain dalam memberi undi, maka mereka memilih pembangkang selain mencuba parti baru.

Hakikatnya PAS belum begitu kuat, dan penambangan ahli baru dalam kalangan orang muda masih belum membanggakan. Ahli lama mungkin boleh mengekalkan kedudukan mereka tetapi untuk menarik lebih ramai golongan lain amat lambat.

Berdasarkan itu, berikut adalah sebab mengapa rakyat tidak memilih PAS dan PR
1. Pendekatan PAS dalam kempen masih belum boleh merangsang keyakinan orang di atas pagar.
2. Kempen PAS masih sama macam macam dahulu, lalu mereka mengangap PAS tidak lebih baik.
3. Orang Melayu percaya PAS hanya memperjuangkan Islam bukan Melayu dan pembangunan.
4. Orang bukan Islam masih tidak begitu yakin PAS boleh membela mereka.

Oleh sebab itu beberapa perubahan perlu dibuat oleh PAS kalau mahu memang dalam pilihan raya akan datang.
1. Pendekatan berkempen perlu diubah dengan banyak membentangkan apa yang PAS boleh laku setelah mereka menang. Tanpa memburukkan parti lawan tunjukkan kemampuan PAS.
2. Kempen mempertahankan Islam sekadar retorik perlu diubah kepada mendidik ahli dan orang ramai. Maka ceramah agama bukan hanya pada musim pilihan raya, dan didikan iman harus diberi keutamaan.
3. Orang Melayu perlu didedahkan perjuangan Islam sebenar dalam bengkel dan kursus. Perjuangan sekadar menuntut hukum hudud perlu diperluaskan kepada bengkel pelaksanaan sebenar.
4. Orang bukan Islam perlu didekati apatah lagi ahli PR sama ada dalam DAP juga PKR, mereka perlu diberi fahaman sebenar perjuangan Islam. Mereka perlu difahamkan bahawa Islama menjaga kepentingan mereka.
Kalau PAS boleh buat semua itu dalam masa terdekat ini, pilihan raya akan datang boleh menampakkan perubahan yang membanggakan. Ingatlah orang ramai mahukan perubahan yang lain daripada yang lain. Kalau mereka mendapati sikap orang PR sama sahaja dengan orang BN maka lebih baik mereka pilih BN.

Iktibar Dari Siri Kekalahan PAS

Oleh Abd Shukur Harun

Ada beberapa iktibar dari siri kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil yang lalu – yang terkini Kerdau dan Merlimau. Petunjuk dan iktibar ini sangat perlu diberikan perhatian oleh PAS di semua peringkat.

Petunjuk itu ialah:


1. Persiapan PAS di peringkat akar umbi masih lemah, masih berada di ‘zon selesa’.

2. Kerja-kerja secara ad-hock dilakukan ketika kempen.

3. Belum mampu menangkis tohmahan BN bahawa PAS menjadi alat DAP untuk melemahkan ‘kuasa’ Melayu.

4. Berkesannya kempen perkauman yang masih ditiupkan oleh BN, terutama di kawasan pedalaman.

5. Penerangan PAS di peringkat akar umbi masih lemah.

6. Belum ada keupayaan PAS mendekati dan seterusnya menawan hati pengundi, khususnya di kawasan pedalaman.

7. Kesedaran politik di kalangan kebanyakan pengundi di pedalaman masih di tahap rendah.

Adalah sangat ketara dalam siri pilihan raya kecil di mana belum ada persiapan cukup di peringkat cawangan, kawasan, bahkan peringkat negeri untuk bertanding, walaupun keghairahan untuk bertanding di kalangan ahli sangat tinggi.

Sesetengahnya pula sentiasa membina harapan tinggi kepada pertolongan para pendukung PAS dari negeri-negeri lain. Dengan itu apabila berlaku pilihanraya kecil, biasanya yang diutamakan ialah mencari tempat untuk petugas luar beroperasi.

Ini bukanlah tidak penting, tetapi yang paling utama ialah mengatur gerak kerja peringkat cawangan, UPU dan sebagainya. Kemudian barulah membuat persiapan untuk menerima petugas luar kawasan.

Pimpinan negeri di mana pilihan raya akan diadakan belum dapat mengukur secara konkrit kekuatan sendiri di Dun atau Parlimen yang hendak ditandingi oleh PAS. Adalah tidak munasabah jika kekuatan diukur berdasarkan andaian atau agakan semata-mata.

Disebabkan belum cukup persiapan, maka kerja-kerja yang dilakukan seperti mengenal pasti kedudukan pengundi dan kaedah mendekatinya telah dibuat secara ad-hock. Hasilnya mengecewakan.

Sementara itu isu-isu yang dikira berkesan untuk diketengahkan kepada pengundi juga tidak dibincangkan secara khusus dan terperinci.

Yang paling ketara pendukung PAS belum dapat menangkis secara berkesan fitnah BN bahawa PAS menjadi alat DAP. Dari pengamatan saya, isu ini tidak digarap dengan baik oleh penceramah dan perayu undi PAS.

Mursyidul ‘Am PAS, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat telah berulangkali mengeluarkan hujah bernas mengenai isu ini, di mana katanya, antara lain, persahabatan PAS dengan DAP, telah membuka peluang luas bagi menerangkan keadilan Islam dan sebagainya hingga semakin ramai orang bukan Islam menaruh minat untuk memahami Islam.

Hujah Tuan Guru lagi bahawa jika Islam selamat maka Melayu selamat, Cina selamat, India selamat dan kaum-kaum lain juga selamat. Tetapi jika Melayu selamat, belum tentu Islam selamat.

Hujahnya yang menarik ini belum lagi dihuraikan secara terperinci oleh pendukung PAS.

Pengertian ‘selamat’ jika Islam selamat serta tafsiran mengenai keadilan Islam juga belum lagi dihuraikan oleh para pengkempen PAS. Mendedahkan penyelewengan, rasuah dan sebagainya yang dilakukan oleh BN memang sesuatu yang wajar, tetapi kegagalan menerangkan kefahaman Islam secara mudah dan berkesan kepada pengundi pedalaman adalah menghambat kemenangan PAS.

Sudah sampai masanya pendekatan ini dilakukan sesegera mungkin pada ketika PRU Ke-13 hampir tiba. Jentera penerangan adalah urat nadi dan penggerak utama sesebuah parti politik. Justru lemahnya jentera penerangan, bermakna lemahnya jentera parti.

Berdasarkan pengamatan kepada siri pilihan raya kecil, terutamanya di Hulu Selangor tempuh hari, di mana calon PKR pada masa itu kalah, kita menyaksikan betapa lemahnya jentera penerangan Pakatan Rakyat walaupin Pakatan Rakyat sudah memerintah Selangor.

Di samping itu Pakatan Rakyat perlulah meningkatkan penerangan mengenai kesedaran politik di kalangan pengundi, terutamanya di kawasan pedalaman. Dalam hal ini oleh kerana PAS berdepan dengan kebanyakan pengundi kawasan pedalaman, maka ia perlu menggandakan usahanya menerangkan kepada pengundi akan kesedaran politik, nilai dan haknya sebagai pengundi, kepentingan masa depan mereka dan sebagainya.

Suatu hal yang sangat menarik ialah semakin eratnya perpaduan di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Dalam kempen PAS di Merlimau dan Kerdau beberapa hari lalu dan juga dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang, Manik Urai, Galas, Tenang dulu, para petugas DAP dan PKR memberikan bantuan yang sangat berkesan.

DAP telah menggerakan jentera kempennya yang sangat kuat membantu calon PAS secara maksima di kawasan pengundi Cina. Ini adalah manifestasi menunjukkan persahabatan eratnya dengan PAS.

Demikian juga PKR yang banyak berkempen di kawasan pengundi Melayu dan India juga menunjukkan kesungguhan membantu calon PAS. Ini adalah petanda yang sangat memberansangkan bahawa perpaduan dalam Pakatan Rakyat ini tetap utuh walaupun pelbagai usaha dilakulkan oleh musuh Pakatan untuk memecahkannya.

Saya yakin warga Pakatan Rakyat tidak merasa terlalu kecewa dengan siri-siri kekalahan PR dalam pilihan raya kecil yang dialami selama ini. Semangat PRU 2008 dulu di mana telah berlaku tsunami politik dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat, tidak mustahil boleh disemarakkan kembali di mana kemenangan besar itu boleh diulangi kembali dengan syarat ada perancangan yang cukup, kerja berstrategi dan bijaksana.

Dari pengamatan saya, generasi muda, Insya-Allah, akan menyokong Pakatan Rakyat, khususnya dalam PRU Ke13 akan datang. Tetapi dalam masa yang sama kita sama sekali tidak meninggalkan generasi lama di mana saya sendiri adalah dari golongan generasi lama.

Namun saya berusaha memahami dan menyertai aspirasi generasi baru, justru mereka adalah masa depan Malaysia.


Isnin, 7 Mac 2011

Cerita Di Sebalik BN (3) – PR (0) Dalam Tempoh Sebulan


Oleh: BayangDiAir

http://zulhaidah.com/wp-content/uploads/2009/10/Bersih.jpg

"Penyakit biasa manusia yang mudah lupa. Apabila sudah menang besar pada PRU12, isu empat tuntutan BERSIH padam macam api pelita dipuput angin. Sebelum dan selepas PRU12, penulis sudah menyuarakan isu ini beberapa kali melalui TKO dan akhbar Harakah. Impaknya tidak kedengaran baik daripada pemimpin BERSIH, PAS mahupun Pakatan Rakyat. Masing-masing ghairah juga sibuk menguruskan pentadbiran negeri-negeri dan mengadakan majlis ceramah penerangan dan penyerangan. Isu dakwat, media, daftar pemilih dan undi pos bagai bukan faktornya lagi dalam merealisasikan hasrat mengambil alih Putrajaya. Pengundi hantu pula tidak wujudkah lagi?

Keputusan PRK Tenang, Kerdau dan Merlimau memberikan senyuman buat BN. BN boleh mengadakan PRU13 pada bila-bila masa sekarang. Kata Najib, PRU13 mungkin sudah hampir. Mungkin serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak dan mungkin sebelum November ini. Ya, maksimum tinggal 7 bulan lagi. Dalam tempoh ini, BERSIH baru hendak digerakkan semula. Itu pun macam kerja PAS sahaja. Seolah-olah PKR dan DAP tidak terkesan dengan gelanggang demokrasi yang tidak adil itu. Juga seolah-olah Pakatan Rakyat itu suatu pakatan yang longgar - sinikalnya masalah tuntutan BERSIH ialah masalah PAS, maka biarkan PAS uruskannya.

Cukupkah 7 bulan untuk SPR dan kerajaan melaksanakan transformasi demokrasi? Jawapannya, cukup bagi pihak-pihak tersebut jika ada kemahuan dan kejujuran. Namun berdasarkan kilat ikan di air, SPR dan kerajaan akan bertindak dalam pilhan tiga wajah iaitu, bertindak bagai lembu kenyang sambil mempertahankan amalan yang sedia ada. Kedua, bermain tarik tali dan sorong papan tarik papan yang akhirnya tidak akan ke mana-mana. Ketiga memberi sedikit sentuhan kosmetik yang boleh dijadikan alasan bahawa penambahbaikan telah dilakukan.

Kesimpulannya, Pakatan Rakyat ( bukan PAS sahaja) mesti memulakan desakan yang kuat meskipun telah agak terlewat. Kalau perlu, hantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong agar tidak memperkenankan pembubaran parlimen sehinggalah empat tuntutan BERSIH dilaksanakan. Sekiranya gerakan massa yang cintakan demokrasi lemah dan longlai, maka mulai saat ini janganlah lagi didegar-degarkan slogan “menuju ke Putrajaya”. Cukuplah jaga negeri-negeri yang dimiliki agar tidak jatuh satu-persatu."

Pilihanraya Sarawak - PKR tidak matang


Pilihanraya Sarawak merupakan pilihanraya yang akan menjadi isu tumpuan bagi banyak pihak baik di Sarawak mahu pun di Semenanjung kerana ianya kait mengait di antara satu dengan lain yang akan menentukan nasib kedua-dua belah pihak, BN dan PR.

Pakatan Rakyat, khususnya PKR sedang menghadapi sedikit kekeliruan dengan SNAP dan belum lagi berjumpa dengan formula terbaik untuk berkerjasama dan mengadakan kesepakatan untuk menghadapi BN yang akan bermatian-matian untuk mempertahankan kekuasaan di Sarawak.

Pembangkang di Sarawak akan menghadapi kerugian yang amat besar jika tidak berjaya bergerak seiringan kerana BN Sarawak adalah di dalam keadaan yang paling lemah jika dibandingkan dengan keadaan pada masa-masa yang lalu.

Dalam PR di Sarawak hanya DAP sahaja yang tidak berhadapan kerana parti itu hanya menumpukan kepada 20 kerusi DUN di kawasan bandar dan tidak bercita-cita besar seperti PKR yang mahukan 52 kerusi dari 71 kerusi di dalam DUN Sarawak. Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR nampaknya begitu keras mahukan kerusi yang begitu banyak tanpa memikirkan perasaan pengundi tempatan yang jauh berbeza dari pemikiran pengundi di Semenanjung.

Bagi setengah pendapat jika PKR sensitive kepada keadaan tempatan, parti itu sepatutnya memberikan kelebihan kepada SNAP kerana SNAP merupakan parti yang begitu lama wujud di Sarawak dan pernah mendapat tempat di hati rakyat Sarawak yang mewakili Iban dan Dayak yang merupakan pengundi yang ‘substantial’ di bumi kenyalang itu. SNAP telah terkeluar dari BN di sebabkan pergolakan politik Sarawak hampir dua dekad dahulu.

Apa yang boleh dilakukan di Semenanjung tidak semestinya boleh dilakukan di Sarawak. UMNO tidak dapat menjejakan kaki di Sarawak kerana rakyat Sarawak tidak bersetuju dengan kehadiran UMNO, walaupun UMNO merupakan tunjang kepada BN. Tidak ganjil rasanya jika PKR hanya mengambil kerusi dengan jumlah yang agak munasabah bagi rakyat Sarawak.

Kenyataan Azmin yang memberi amaran kepada SNAP supaya tunduk kepada apa yang ditetapkan oleh PKR itu adalah satu bahasa politik yang tidak matang jika dilakukan applikasinya di Sarawak. Sudahkah PKR berunding secara khusus denga DAP dan anggota PR yang lain sebelum meluahkan perasaan yang agak tidak cerdik itu?

Bagi Sarawak kaedah yang paling baik untuk menghadapi BN ialah dengan memberikan kelebihan kepada parti-parti tempatan yang lebih lama dan memahami keadaan di negeri itu, terutamanya SNAP. Dalam pada itu PKR mesti faham bahawa SNAP juga sedang menjalini hubungan dengan MCLM yang juga merupakan satu kumpulan yang inginkan representasi di Sarawak di dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Sesungguhnya usia SNAP lebih lama dari usia PKR dan memebrikan kelebihan kepada parti-parti tempatan merupakan satu kompromi yang berkesan untuk menghadapi BN yang sangat besar kekuasaan kewangan dan kemudahan yang lain.

Jika ada kompromi yang baik dan mempunyai matlamat yang satu maka tumpuan kepada 30 kerusi Dayak dan Iban yang pernah mewakili mereka di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak dan pernah menjadi komponen yang besar di dalam BN Sarawak dan di wakili di dalam kabinet Sarawak. Disinilah lebihnya UMNO kerana sanggup berkorban dengan rakan-rakan komponen dan bersetuju tidak diwakili didalam legislative persekutuan dan negeri dari Sarawak.

Pemimpin PKR sepatutnya menumpukan usaha memberikan sokongan kepada komponennya di Sarawak jika SNAP bersetuju untuk menjadi komponen kepada PR. Jika titik pertemuan tidak tercapai maka akan ada perentapan di antara SNAP dengan PKR di kawasan-kawasan Iban dan Dayak yang akan memberikan kemenangan mudah kepada BN di dalam mana-mana pertandingan 3 penjuru di Sarawak.

Kali ini kita lihat samada PKR mempunyai kematangan dalam mengendalikan ‘coalition’ yang lebih besar -Aspan Alias

Terima Kasih PAS Atas Jasamu

Oleh : tokpepijat

" Terima kasih PAS. Penyertaan PAS dalam PRK Tenang, Kerdau dan Merlimau mengundang banyak persepsi samada pro dan kontra.

Yang pro akan menyatakan penyertaannya adalah untuk dakwah. PRK adalah medan dakwah juga untuk menguji strategi dakwah dan politik.

Manakala yang kontra akan mengatakan ianya membazir wang, tenaga dan masa. Ini kerana perlawanan berlangsung dalam keadaan padang tidak rata dan UMNO mempunyai lebih 11 pemain iaitu PDRM, SPR dan Agensi Kerajaan yang lain. Lebih baik tumpu kepada PRU.

Mari kita ambil pandangan di luar kotak. Penyertaan PAS dalam "permainan padang tidak rata" sebenarnya adalah untuk menolong rakyat samada Melayu, Cina dan India. Lihatlah apabila berlaku PRK, yang paling beruntung adalah rakyat. Mereka mendapat "durian runtuh" dan kawasan mereka mendapat pembangunan pantas.

Rakyat tahu jika PAS menang dalam PRK pun, ianya tidak mengubah kerajaan berbanding dalam PRU. Oleh itu elok undi UMNO. Tetapi dalam PRU nanti, mereka akan mengundi PAS untuk tukarkan kerajaan.

Kalau selama ini, jika ada aduan maupun rungutan, semuanya dibuang dalam bakul sampah oleh UMNO. Tetapi jika ada PRK, inilah masanya rakyat berkuasa. Minta apa sahaja, pasti dimakbulkan.

Lihat bagaimana dalam satu perjumpaan di sebuah sekolah di Kerdau, PIBG minta bantuan, dengan pantas TPM luluskan bantuan jutaan RM.

Ini semua untuk mengatasi pengaruh PAS. Begitu berpengaruhnya PAS sehingga UMNO sanggup keluarkan duit jutaan RM untuk atasi pengaruh PAS dan agar rakyat tidak mengundi PAS.

Inilah antara jasa yang amat besar sumbangan PAS kepada rakyat. Tanpa penyertaan PAS dalam PRK, maka 'malap'lah kawasan PRK itu dan berjoget sakanlah UMNO kerana tiada saingan.

Barangkali selepas ini, PAS perlu kemaskinikan strategi dan ubah pendekatan dalam PRK. Katakan kepada rakyat di kawasan PRK, mintalah apa sahaja kat UMNO. Inilah masanya rakyat jadi tuan.

Katakan juga kepada rakyat duit RM yang UMNO kasi adalah duit rakyat. Hak rakyat. Duit itu adalah hasil kutipan cukai dan hasil mausul rakyat. Tanamkan kefahaman itu hingga rakyat sedar dan faham.

PAS selamanya tidak dapat tandingi UMNO dari segi kewangan, tenaga dan kepakaran. Ini kerana UMNO yang menguasai kerajaan.

Apa yang penting sekarang PAS mengajar rakyat bagaimana cara pemahaman rakyat daripada konsep UMNO membuli dan ugut rakyat kepada konsep Rakyat boleh membuli, menggugut dan mengertak UMNO supaya fahami perasaan jiwa rakyat marhein.


Terima kasih PAS atas jasa anda dalam PRK



Sambutan Dingin di Selangor, Apa Yang Tidak Kena..


Ramai dah mula dingin kerana tidak meyakinkan...?
Atau kempen kurang dekat di hati rakyat??


Selangor lancar Buku Jingga, sambutan ‘dingin’


SHAH ALAM, 6 Mac — Majlis pelancaran Buku Jingga dan sambutan tahun ketiga pemerintahan Pakatan Rakyat — PKR-DAP-PAS — di Selangor malam tadi tetapi hanya dihadiri sekitar 1,000 orang.

Pihak penganjur menyifatkan kehadiran yang berkurangan daripada tahun sebelumnya itu disebabkan dua pilihan raya kecil serentak yang pengundiannya diadakan hari ini.

Pengerusi penganjuran Datuk Dr Hasan Ali yang juga Exco kerajaan Selangor dalam ucapannya pada majlis itu berkata, kehadiran yang kecil jumlanya itu adalah kerana kemuncak kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kerdau dan Merlimau.

Sementara itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ucapannya berkata, Buku Jingga yang dilancarkan malam tadi merupakan janji Pakatan Rakyat yang akan dilaksana dalam tempoh 100 hari jika mereka berjaya mengambil alih Putrajaya.

Beliau berkata kerajaan negeri itu juga akan melancarkan Pelan Tiga Tahun Selangor yang dipanggil Agenda Selangor Untuk Rakyat (Arus) pada 26 Mac ini.

Buku Jingga yang terdiri daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat dan 10 inisiatif 100 hari pertama pemerintahan diperkenalkan pada konvensyen keduanya di Pulau Pinang Disember lalu.


Sepintas Lalu Analisis PRK Merlimau Dan Kerdau

Seperti yang dijangka Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang dengan majoriti yang lebih besar berbanding 2008.

Kemenangan mengekalkan status quo ini sudah pasti akan memberangsangkan dan memberi keyakinan kepada pemimpin dan penyokong BN setelah sekiran lama diselubungi kesuraman sokongan rakyat Malaysia terhadap parti perikatan itu sejak dilanda “tsunami politik” pada 8 Mac 2008.

Malah, kemenangan BN ini berjaya memperbaharui rekod pertarungan antara BN dengan Pakatan Rakyat kepada 8-8, dalam 16 pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum ke-12.

Dengan kekalahan PAS di dua kawasan sebelum ini iaitu di Galas, Kelantan dan Tenang, Johor memberikan lebih keyakinan kepada BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang mana sokongan pengundi Melayu dilihat sudah kembali kepada BN.

Di Merlimau, calon BN Roslan Ahmad meraih 5,962 undi manakala calon PAS Yuhaizat Abdullah pula memperoleh 2,319 undi.

Dalam pada itu, di Kerdau calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad memperoleh 5,060 undi manakala calon PAS Hassanuddin Salim mendapat 2,336 undi.

Majoriti kedua-dua kawasan ini meningkat lebih satu kali ganda berbanding pilihan raya umum 2008.

Seandainya diimbas kembali, sentimen rakyat jelas menyebelahi Pakatan Rakyat untuk satu jangka yang agak panjang selepas pilihan raya umum ke-12. Situasi ini dapat diperlihatkan apabila Pakatan Rakyat memenangi dua pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke-12 iaitu Permatang Pauh dengan majoriti yang lebih besar, dan Kuala Terengganu dengan rampasan kerusi dari BN.

BN hanya berjaya mempertahankan satu kerusi di DUN Batang Ai, Sarawak pada April 2009.

Namun, kemenangan ini sedikitpun tidak menceriakan BN, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan ia berlangsung bersama pilihan raya kecil Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah dan kawasan-kawasan itu kekal dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Kekalahan demi kekalahan ini mungkin antara faktor yang membelenggu BN, sehingga tidak menurunkan calon dalam pilihan raya kecil Penanti, yang berlangsung pada 31 Mei 2009.

Bagaimanapun, kekalahan tetap menghantui BN apabila tewas sekali lagi di pilihan raya kecil Permatang Pasir, kira-kira tiga bulan selepas itu.

Bagaimanapun pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai BN hampir mengecapi kemenangan apabila berjaya menghakis undi PAS dari 1,352 hingga 65 undi tetapi masih gagal untuk menembusi kubu kuat PAS itu.

BN hanya berjaya mencapai kemenangan pertama melalui Tan Sri Mohd Isa Samad apabila berjaya mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang dengan majoriti lebih besar.

Sejak itu, BN dilihat kembali dengan keyakinan bahawa undi Melayu telah kembali ke pangkuan Umno.

Dakwaan itu diperkukuhkan lagi apabila BN berjaya merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun kegembiraan itu tidak panjang apabila DAP mencipta kejutan dengan merobohkan kubu kuat BN di Sibu, Sarawak.

Bagaimanapun kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi, Sabah memberikan satu lagi keyakinan kepada kepimpinan BN, malah kemenangan di Tenang juga menjadi pemangkin yang menyaksikan BN menang dengan majoriti besar.

Melihat kepada siri pilihan raya kecil dan ditambah pula dengan kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau mungkin memberikan satu isyarat kepada Pakatan Rakyat bahawa pengundi khususnya pengundi Melayu sudah kembali kepada pangkuan BN.

Walaupun ramai yang menjangkakan BN akan menang namun agak mengejutkan apabila BN menang dengan majoriti lebih besar di kawasan yang majoritinya adalah orang Melayu.

Menurut penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, kemenangan BN di dua kawasan pilihan raya kecil ini menunjukkan pengundi sudah kembali ke pangkuan BN.

“Keputusan ini memang sudah dijangka, persoalannya hanya berapa banyak majoriti tapi kalau kita lihat BN berjaya meningkatkan majoriti yang besar di Merlimau dan Kerdau.

“Keputusan ini menunjukkan apa yang dilakukan BN masih diterima dengan baik oleh penyokong parti dan pengundi juga sudah kembali kepada BN,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata mungkin kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau disebabkan ketiadaan isu tempatan yang boleh mempengaruhi minda pengundi supaya tidak mengundi parti perikatan itu.

“Mungkin boleh dikatakan dengan ketiadaan isu tempatan yang besar di kedua-dua kawasan ini menjadi faktor kemenangan BN.

“Malah kegagalan PAS sejak di Bagan Pinang, Galas dan Tenang memberi kesan terhadap sokongan pengundi terhadap PAS dan kalau kita lihat PAS mula menghadapi kemerosotan sokongan undi Melayu.

Justeru kata pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia itu, PAS perlu mengkaji semula strategi dan pendekatan yang digunakan terutamanya dalam menghadapi kehakisan sokongan pengundi Melayu terhadap parti Islam itu.

“PAS harus kaji semula strategi yang digunakan, mungkin mereka (PAS) anggap kekalahan ini sudah dijangka tapi kalau kita lihat DAP lebih memainkan peranan daripada PAS dan ia memberi kesan apabila PAS tidak mendapat sokongan pengundi Melayu.

“Bagi saya ini merupakan salah satu sebab kerana kalau kita lihat DAP yang gerakkan PAS untuk pastikan PAS mendapat sokongan pengundi bukan Melayu tapi PAS gagal untuk dapatkan sokongan pengundi Melayu.

“Kekalahan ini boleh menyebabkan sokongan orang Melayu terhadap PAS terhakis dan jika ia dibawa ke peringkat nasional kita akan dapat tahu nilai sokongan Melayu kepada PAS,” katanya.

Sivamurugan berkata perubahan yang ingin dibawa PAS dilihat gagal mendapat keyakinan daripada pengundi yang dilihat selesa dengan apa yang diberikan BN.

Tiada isu yang boleh sebabkan pengundi tidak undi BN, perubahan yang dibawa PAS ini tidak kena dengan selesa pengundi di kedua-dua kawasan ini.

“Kalau PAS tidak lihat kehakisan sokongan Melayu ini ia akan memberi kesan dalam pilihan raya umum ke-13. Jadi PAS perlu kembali dan lihat kepada matlamat asal parti,” katanya.

Bagaimanapun Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau tidak menunjukkan pengundi-pengundi sudah kembali kepada BN.

Sebaliknya Agus berkata, faktor kemenangan BN di kedua-dua kawasan pilihan raya kecil itu adalah disebabkan jentera BN yang luar biasa.

“Saya lihat tidak banyak yang berubah walaupun BN menang dengan majoriti yang agar besar tapi kemenangan itu tidak membolehkan kita untuk membaca sikap pengundi.

“Kemenangan BN disebabkan jentera BN yang luar biasa, ia merupakan satu kejayaan dan kerja kuat BN tapi dari segi bacaan sikap pengundi untuk gambarkan pilihan raya umum masih belum boleh... tapi kemenangan ini menunjukkan rakyat sudah selesa dengan politik BN,” katanya.

Jelas beliau, sekiranya BN memberikan tumpuan kepada rakyat selain melaksanakan janji-janji ia boleh membawa perubahan terutamanya dari aspek pola pengundian dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Kalau BN fokus kepada rakyat, maka akan berlaku perubahan dalam konteks nasional.

“PAS tidak gagal tapi jentera PAS yang gagal berfungsi seperti mana jentera BN, strategi jentera BN memberi kelebihan kepada BN dan faktor ini yang memenangkan BN,” katanya.

p/s : Banyak lagi faktor kemungkinan yang kita boleh perhatikan. Anda pula bagaimana?

Bakul PAS Sudah Penuh?



“Kita tidak kalah, cuma belum menang sahaja.” Kami ahli-ahli biasa PAS tidak mahu mendengar lagi ungkapan itu diulang-ulang. Entah bila ia bermula tetapi itulah ungkapannya setiap kali PAS kalah dalam pilihanraya. Ungkapan itu bukan diucapkan oleh ahli PAS biasa-biasa tetapi pimpinan PAS yang besar-besar.

Mungkin itu gurauan namun apa ertinya gurauan yang tidak membawa apa-apa manfaat. Ya, menyedapkan hati sendiri, mungkin juga. Apa pun yang pasti, gunalah ungkapan apa pun, sebenarnya PAS kalah.

Sudah lima kekalahan iaitu di Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Cuba perhatikan pula keputusannya, bukankah keputusan semua kekalahan itu, bukan sahaja kekalahan tetapi dengan peningkatan majoriti untuk BN.

Ada lagi, undi untuk PAS di saluran 3, 4 dan 5, saluran orang muda juga tidak memihak kepada PAS. Malah, dalam PRK sebelum ini pun dikatakan undi daripada bukan Melayu juga turut merosot. Maksudnya, kalau saluran 1 dan 2, saluran orang gigit mi tak putus tidak memihak kepada PAS ditambah dengan saluran 3,4 dan 5 serta bukan Melayu juga sama, bagaimana masa depan PAS dalam PRU 13?

Kita boleh menyalahkan BN, menyalahgunakan media, jentera kerajaan, ugut dan beli pengundi, provokasi dan banyak lagi, itulah namanya BN. Kalau masuk pilihanraya dengan penuh rendah diri dan tanpa taktik jahat, itu bukan BN namanya.

Kita tidak boleh hanya menjawab soalan yang bermula dengan apa, siapa dan dimana sahaja tetapi perlu berani menjawab soalan mengapa? Ya, mengapa.

Dan, seperkara lagi, adakah orang kuat PAS tahu bahawa ada penyokong PAS yang berkata begini, “Nasib baik PAS tidak menang.? Juga ada yang berkata begini, “Aku harap PAS tidak menang di ******.” Mengapa? Dia menyambung, “Memburukkan keadaan, menjatuhkan imej Islam.”

Saya boleh menjangkakan, tulisan ini akan mengundang dua persepsi. Pertama, “Hang hanya pandai komplen dalam blog, hang buat apa?” Kedua, “Tulisan hang ini mendedahkan keburukan PAS, apa untungnya PAS?”

Kalau ibarat perlawanan bolasepak, ‘bakul’ PAS sudah hampir penuh menampung hasil rembatan pasukan lawan. Dan, kalau ada lagi perlawanan selepas ini, mungkin ada orang berkata, “Siap bakullah…”

Sesuatu perlu dilakukan. Jangan harapkan keajaiban. Benar, doa adalah senjata tetapi senjata itu perlu diasah dan ditajamkan. Ia juga perlu berada di tangan orang yang bijak, bukan orang yang tidak tahu menggunakan senjata.


http://sauhdibongkar.blogspot.com

PAS Perlu Perubahan Pimpinan untuk Kekal Kemenangan 2008


Kita semua tahu perubahan dalam keputusan pilihanraya memerlukan pengundi2 dari Saluran 3,4,5 ke atas melakukan perubahannya. Biasanya, Saluran 1 dan 2 tidak akan berubah banyak dan mereka akan mengekalkan dacing yang semakin karat.

PAS sepatutnya selesa dalam keadaan sekarang memandangkan pengundi2 berbangsa Cina sudah tidak takut memberi undi kepada PAS.

Soalnya sekarang, bagaimana menggerakan pengundi2 Saluran 3 ke atas berubah dengan kadar yang besar kepada PAS (dan PKR)?

Penugndi2 biasa yang tidak mempunyai pengetahuan politik mendalam ini biasanya melihat kepada kepimpinan2 tertinggi parti.

Mereka membuat perbandingan antara Presiden PAS dengan Presiden UMNO. Mereka membandingkan Timbalan Presiden PAS dan Timbalan Presiden UMNO.

Jelas dari keputusan Tenang, Merlimau dan Kerdau pengundi2 muda lebih selesa dengan kepimpinan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Ini adalah hakikat yang wajib diterima semua ahli2 PAS. Kepimpinan PAS yang ada sekarang ini tidak mampu mencabar kepopulariti kedua2 Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Ahli2 PAS juga perlu sedar bahawa yang membuang undi dalam setiap pilihanraya adalah mereka yang bukan ahli PAS dan kebanyakannya tidak berparti.

Ahli2 PAS sudah tiba di persimpangan jalan antara mengekalkan budaya "wala" membuta tuli ataupun menjaga kemenangan yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada PAS pada 2008 yang lepas.

Sudah tiba masanya ahli2 PAS meletakkan PAS dan perjuangan Islam lebih tinggi dari pimpinan mereka.

Sekian.


Tulang Besi

p/s : yang lebih jelas, pengundi2 muda lebih tertarik dengan Ketua Pemuda UMNO berbanding Ketua Pemuda PAS.

http://www.malaysiawaves.com

Kerdau dan Merlimau : Antara Marah

salam,

Dalam banyak-banyak PRK, Pilihanraya Kecil Merlimau dan Kerdau inilah - untuk diri saya - yang saya kurang bagi perhatian sangat. Sebab apa, sebab awal-awal lagi saya boleh agak sapa menang sapa kalah.

Sebab tu bila lebih kurang jam 9:00 mlm tadi 6/3/11, bila ada sorang kawan call tanya pasal final results, saya kata tak payah tanya pun tat pa haih, gerenti BN menang haih, paling kurang pun majoriti mau dua tiga ribu.

Kawan saya ni kata, dia tanya sebab Pak Mertua dia (UMNO) dok tanya dia sangat-sangat, sejak dari tadi lagi sapa yang menang. Saya kata, tak apa lah, habag kat Pak Mertua hang suruh dia semelih Kerbau sebab UMNO dah menang di Kerdau.

Lepas tu tak dak sapa call dah, kalau ada pun cuma dua tiga sms dok buat lawak pasal p.raya Merlimau/Kerdau ni yg tak berapa wajar disiarkan untuk tatapan umum. Ringkasnya menang ka kalah ka PRK dua DUN ini dah tak ada apa yg menariknya sebab semuanya begitu straight forward dan begitu mudah diramalkan.

Itulah yang saya ingatkan, sehinggalah saya meneliti dengan lebih terperinci jumlah majoriti yang diperolehi oleh UMNO di kedua-dua DUN ini.

Kesimpulannya: PAS perlu bangkit dengan segera kalau masih mahu kekal memerintah di KEDAH dan KELANTAN selepas PRU13 nanti!

Apa tidaknya; sekiranya jumlah majoriti undi untuk kedua-dua DUN Merlimau dan Kerdau itu digabungkan, ianya menunjukkan peningkatan hampir 50% pengundi sudah pun lari kepada UMNO/BN, seperti fakta di bawah, bukannya sikit-sikit:

2008: Majoriti 3769
2011: Majoriti 6367

(2004: Majoriti 7652)

Bermakna kata, jika UMNO mampu cari lebih kurang 1000 undi lagi, maka mereka akan mendapat majoriti yang hampir sama banyak dengan tahun 2004; di mana UMNO pada waktu itu sedang berada di puncak persada.

Saya melihat DUN Merlimau dengan komposisi penduduknya hampir melambangkan Negeri Kedah dan DUN Kerdau melambangkan Negeri Kelantan. Kedua-duanya Melayu majoriti.

Suka atau tidak, pertambahan majoriti untuk UMNO/BN ini sedikit sebanyak ada kaitannya dengan prestasi buruk Pakatan khususnya di pihak PKR yang menyaksikan YB-YB nya melompat satu persatu, bagaikan pesta, seorang selepas seorang, melompat keluar dari Pakatan.

Kita kena ingat, dalam sesebuah kawasan yang majoriti Melayu, secara amnya komposisi pengundi terbahagi kpd 3 kumpulan utama; 30% pengundi tegar PAS, 30% pengundi hardcore UMNO dan 40% lagi atas pagar. Dalam p.raya 2008 hari tu, kumpulan 40% ini kebanyakannya memilih untuk memangkah Pakatan melalui parti PKR. Lalu, apabila YB-YB PKR pasca 2008 mula mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat melalui proses pengundian itu, maka sebahagian daripada kumpulan 40 ini melihat tidak ada gunanya lagi mereka bersama Pakatan.

Semua orang tau, majoriti org-org PKR adalah bekas org-org UNMNO atau pun bekas penyokong UMNO atau pun mereka yang bersimpati dengan UMNO. Lantas itu, apabila YB-YB katak ini mula melompat, kumpulan ini melihat tidak ada lagi gunanya untuk mereka terus memangkah Pakatan; maka itulah natijahnya.

Lalu tinggallah hanya hardcore PAS bersama beberapa kerat lagi pengundi setia PKR yg masih setia dengan perjuangan Pakatan; dan ianya tidak mampu lagi memberi tenaga kpd Pakatan seperti yang dinikmatinya pada tahun 2008.

Lantaran itu, sebagai pengundi setia PAS di negeri Kedah, dan masih ingin melihat PAS terus memerintah Kedah (dan juga Kelantan) selepas PRU13; maka wajarlah para Think-Tank PAS di atas sana mula memikirkan secara serius arah tuju parti selepas ini.

Ya lah, ini cuma pendapat pengundi PAS biasa saja di bawah ini, bukan org-org besar parti pun, tapi pengundi-pengundi kecik seperti kami di bawah inilah yang bertanggungjawab membawa Tuan/Puan/Dato'/Datin, YB-YB PAS dan Pakatan menduduki kerusi empuk di Parlimen sana, boleh terima atau pun reject pendapat kami ini, terpulanglah.

Apa-apa pun, marah mendidih yang membuak-buak di dada ini bilamana YB Parlimen tempat sendiri(Padang Serai) dan Parlimen yang bersebelahan (Kulim) melompat parti masih belum reda lagi.

Sesekali, terlintas di hati ini: "Padan muka Pakatan kalah di Merlimau dan Kerdau, biaq ada akai sikit!!"

Sekian.

moniermatdin@yahoo.com
6.3.2011
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com

BN Menang Kerana Amal Politik Rimba??


Oleh
SAIDAH HAIRAN

KEMENANGAN besar BN pada pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang, Negeri Sembilan akhir tahun 2009 telah memecahkan kebuntuan BN setelah tewas enam kali pilihan raya kecil sebelum itu. Kegembiraan itu berterusan apabila kemenangan demi kemenangan diperolehi BN.

Komponen parti itu turut merampas kerusi PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas (Gua Musang), serta mengekalkan kemenangan di Dun Tenang. Manakala di Dun Kerdau dan Merlimau Pakatan Rakyat sukar untuk menembusi kawasan tradisi BN.

Selepas pilihan raya umum 2008, PRK berlaku di Kuala Terengganu diikuti Permatang Pauh; Bukit Selambau; Bukit Gantang; Sibu dan Manek Urai. Semua Dun dan Parlimen itu dimenangi PAS, DAP dan KeADILan kecuali Batang Ail, Sarawak dimenangi BN.

Dalam pilihan raya umum 2008, BN kehilangan Kelantan; Perak; Kedah; Pulau Pinang dan Selangor. Kekecewaan BN terus bertambah apabila enam pilihan raya kecil dalam tahun 2009 disapu bersih oleh Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, kekecewaan BN terubat apabila memperolehi kemenangan besar di Dun Bagan Pinang sebanyak 8,013 undi menewaskan PAS. BN menang di semua lapan UPU termasuk tiga UPU yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum 2008.

Ekoran kemenangan besar itu banyak pihak mengatakan, pengundi dimulai dengan mereka yang berada di Bagan Pinang sudah boleh menerima konsep 1-Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Ditambah kemenangan Dun Galas; Tenang serta mengambil kira PRK Dun Kerdau dan Merlimau; Najib dikatakan berjaya mengembalikan kepercayaan dan sokongan rakyat semua kaum terhadap BN.

Persoalannya, sejauh manakah kebenaran tanggapan tersebut. Apakah benar rakyat sudah mula memberi sokongan kepada BN atau rakyat terpaksa menyokong mereka disebabkan ugutan dan sogokan pada setiap kali berlaku pilihan raya kecil?

Mengulas tanggapan itu, AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman tidak menolak dakwaan tersebut kerana BN terlalu banyak menggunakan jentera kerajaan dalam setiap siri kempen PRK.

Kata beliau, seolah-olah Pakatan Rakyat bertanding dengan jentera kerajaan yang digunakan sepenuhnya bagi memenangkan calon BN.

“Apa yang dilakukan oleh BN walaupun ternyata bercanggah dengan undang-undang langsung tidak dipedulikan oleh SPR dan pihak polis,” tegasnya.

Beliau berkata, contohnya, jentera BN mengganggu ceramah PAS sebagaimana yang dilakukan di Dun Tenang; Bagan Pinang; Kerdau dan Merlimau dan tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak polis.

Menurut beliau, di PRK Kerdau, PAS membuat laporan polis apabila BN telah menaikkan banner berunsur provokatif bersifat perkauman tetapi pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan.

“Saya dapati PRK semakin tidak adil dan tidak demokratik. BN sewenang-wenangnya menyogok pengundi dengan projek mi segera dan wang seolah-olah mereka tidak terikat dengan sebarang undang-undang,” tegasnya.

Jika begitu suasana PRK tambah beliau, BN meraih kemenangan palsu sebagaimana bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang menang apabila mendapat sokongan 98 peratus daripada rakyat tetapi dalam beberapa bulan digulingkan oleh rakyat yang sama.

Walaupun PM Najib mengatakan Mesir tidak sama dengan Malaysia, perlu diingat ketika Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali digulingkan, Hosni Mubarak mengatakan Mesir tidak sama dengan Tunisia, katanya.

Kemenangan BN di setiap kali PRK bermula di Dun Bagan Pinang katanya, bukan satu ukuran sebenar kerana ia tidak dilaksanakan di padang yang sama rata, ibarat pertarungan di hutan rimba (politik rimba).

“Saya yakin usaha yang dibuat Pakatan Rakyat untuk memperolehi satu bentuk pilihan raya adil dan jika pilihan raya umum ke-13 diadakan secara demokratik, pengundi akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat,” katanya.

Justeru, tambah beliau, Presiden PAS mengumumkan satu himpunan Bersih perlu diadakan kerana ia sangat penting bagi memastikan pilihan raya umum dapat diadakan secara telus dan demokrasi.

Himpunan Bersih itu penting katanya bagi menjamin mana-mana parti yang bertanding mendapat hak yang sama rata.

Beliau menegaskan kejayaan BN di pilihan raya kecil kebelakangan ini bukan kerana mendapat sokongan rakyat tetapi disebabkan sogokan wang serta projek dan ugutan menakutkan pengundi.

Menurut beliau bukan sahaja agensi kerajaan melakukan ugutan terhadap pengundi bahkan Felda di Dun Kerdau di setiap blok dijaga oleh seorang Pengurus Felda dengan agensi lain.

Katanya, setiap rumah dipantau oleh seorang pegawai Felda dengan mengemaskini culaan undi setiap dua jam sekali.

Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) turut mendedahkan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Maslan melantik 200 petugas khas untuk memantau kawasan Felda.

Kata beliau, 200 petugas itu dibayar gaji sebulan RM3,000 serta elaun RM2,000 sempena PRK untuk memantau pergerakan pengundi di kawasan Felda serta tindakan lain yang menakutkan pengundi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...