Renungan Sejenak

Isnin, 21 Februari 2011

Sekitar Himpunan 30K Pemuda Di KOMPAS Kedah 19 Februari 2011





Di awal pagi Sabtu, kawasan kampung saya 'dikejutkan' dengan bunyi deruman motor-motor dan kenderaan yang melalui jalan di hadapan rumah saya, yang bergerak secara berkonvoi untuk pergi ke Kompleks Pas Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut, yang mana jadual aturcara majlis yang dirancang, ianya akan bermula pada jam 9 pagi sehinggalah berlarutan ke jam 12 tengah malam.

Sememangnya semangat jiwa anak muda yang berkonvoi dari seluruh pelusuk negara, memberi 'kejutan' kepada penduduk tempatan di kawasan sekitar Himpunan 30 ribu Pemuda diadakan.. Semangat 'tempias' dari Tunisia, Mesir dan negara-negara Arab barangkali..

Bas-bas ekspres yang membawa kontijen-kontijen dari seluruh negara, dari pelbagai negeri, yang diletakkan merata tempat di kawasan pekan dan kawasan berdekatan membuktikan 'kemeriahan' sambutan kali ini, sekali ganda Himpunan sebelum ini yang telah diadakan di Perak..

Ini sebahagian sudut pandangan di Himpunan 30K..



Antara Pimpinan Pemuda Pusat yang kelihatan
di atas pentas utama pada pagi tersebut
dari kiri : Ust Nasruddin Tantawi (Ketua Pemuda),
Ust Azman Shafawi (Timb. Ketua Pemuda),
dan Saudara Khairul Faizi (Setiausaha Pemuda)


Turut kelihatan kelibat Naib Pres PAS, YB Salahuddin Ayub (teringat
masa Ijtima' Tarbawi hari tu.. sayu mendengar kisah pengalaman beliau di awal
perjuangannya dalam PAS.. sehinggakan nak beli susu anak pun takda duit..
duit diinfa' sepenuhnya pada perjuangan!!! Kita pula gi mana ya?)


Kelihatan seperti pemandangan di Padang Arafah mungkin..




Sunnah org berjuang.. Ya Allah, kasihanilah kami yang lemah ini,
dalam perjuangan menegakkan hukumMu!!




Backdrop banner di pentas utama yang terletak
di belakang Dewan Dato' Hj Fadzil Noor..


sesi selepas Zohor, bermula aktiviti dalam dewan.. aktiviti JPRK..
ada 'stand-up speech' oleh Bob Lokman yang baru beberapa jam menyertai PAS!



suasana dalam dewan.. ada lagi 2X ganda jumlah ni di luar!
tak muat dalam dewan Dato' Hj Fadzil Noor ni..


Bekas vokalis kumpulan Melissa..
Syeikh Radzi menyanyikan semula lagu Cinta Untuk Nabila..
'rebranding' semula menjadi Cinta Untuk Nabi..


Ucapan pertama Bob Lokman di pentas Pas,
turut menceritakan pengalamannya bersama UMNO dulu..

Solat Maghrib, Solat Sunat Hajat Perdana dan Solat Isya'
yang berbumbungkan langit berlantaikan tanah

Zikir munajat sebelum Solat Hajat

ramai yang tidak luntur semangat, walaupun hujan
datang 'berziarah' juga pada malam tersebut

Suasana di hadapan Kompleks
menantikan bermulanya Ceramah Perdana
bersama MB Kedah dan Presiden PAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...