Renungan Sejenak

Memaparkan catatan dengan label isu setempat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu setempat. Papar semua catatan

Isnin, 12 Mac 2012

Keputusan Mesyuarat Khas PAS Kawasan Kuala Kedah

Alhamdulillah.. ini adalah keputusan terbaru yang saya petik maklumat ini dari fb dan blog kepimpinan PAS Kawasan Kuala Kedah.. Alhamdulillah..


Bismi-llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm

Demi Menyempurnakan Ketaqwaan Kepada Allah dan Kebaktian Kepada Sesama Manusia.

Adalah dimaklumkan Mesyuarat Khas PAS Kawasan Kuala Kedah yang bersidang pada 5.30 ptg, Ahad, 11 Mac 2012 di Markaz PAS Kawasan Kuala Kedah, Kg Kuala Sungai, Kubang Rotan, Alor Setar, Kedah, telah:-

1. Sebulat suara bersetuju dan akur terhadap keputusan serta arahan PAS Pusat:-
a. Penubuhan Jawatankuasa Pemandu.
b. YAB Dato’ Seri Hj Azizan Abd Razak kekal sebagai Menteri Besar Kedah.
c. YB Dato’ Hj Phahrolrazi Zawawi menerima semula jawatan sebagai EXCO negeri Kedah.

2. Mesyuarat sebulat suara bersetuju bahawa semua keputusan yang diputuskan sebelum ini dimansuhkan serta merta.

3. Mesyuarat juga memutuskan satu majlis kesyukuran dan ceramah yang melibatkan YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi, YB Dato ‘ Amiruddin Hamzah dan YB Mohd Nasir Mustafa akan diadakan dalam jangka masa terdekat ini.

Sekian, harap maklum.

ARIS BIN AWANG
Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah.
9.47 mlm – 11 Mac 2012

Selasa, 31 Januari 2012

Politik Kedah Dan Kontroversi Ustaz Azizan

Oleh Ahmad Lutfi Othman

BAHAGIAN PERTAMA

Berbanding nehttp://syababkualakedah.files.wordpress.com/2012/01/mbkedah5b15d.jpg?w=117&h=88geri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, Kedah dilihat tidak begitu diserang media Umno-BN. Tentulah ia bukan disebabkan kerajaan negeri yang diterajui PAS itu akan diberi laluan mudah untuk melanjutkan tempoh penggal pertama pemerintahannya. Seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, BN tetap mengidam untuk menawan semula negeri Jelapang Padi.

Sewaktu Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor diserang bertubi-tubi dan Lim Guan Eng di Pulau Pinang dilanyak habis-habisan, khususnya oleh Utusan Malaysia dan TV3, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak di Kedah agak selesa menarik nafas lega. Namun ia tidak bermakna Umno membiarkan negeri yang pernah menyumbangkan dua perdana menteri itu terlepas begitu sahaja.

Ketika kerajaan negeri Perak ditumbangkan melalui pakatan jahat yang dirancang Najib Razak — tidak sampai setahun selepas memegang amanah rakyat — Kedah turut dilihat goyah. Usaha membeli wakil rakyat tertentu rancak dijalankan.

Pakatan Rakyat memiliki 22 kerusi, dengan PAS menguasai 16, BN (14), DAP (1) dan KeADILan lima wakil (termasuk seorang Adun Bebas yang kemudiannya menyertai parti itu).

Kiraan mudahnya, jika lima Adun Pakatan dapat “dibeli”, sepertimana berlaku kepada tiga Adun di Perak, kerajaan negeri pimpinan Ustaz Azizan akan tumbang. Alhamdulillah, situasi genting itu berjaya dilalui dengan baik sekali.

Meskipun KeADILan terlepas dua Adunnya (dan dua ahli Parlimennya mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas), hasrat BN untuk merebut Kedah dapat dipatahkan. Kini semua Adun KeADILan merupakan anggota Exco kerajaan negeri!

Sebenarnya asas kekuatan pengaruh PAS di Kedah — terutama selepas pilihan raya umum 1969 yang menyaksikan ramai tokoh utama Umno negeri itu kalah mengejutkan, seperti Dr Mahathir Mohamad dan Senu Abd Rahman — hampir seimbang dengan Umno. Meskipun ada ketikanya PAS hanya mempunyai seorang wakil dalam sidang Dun dan langsung tidak mempunyai ahli Parlimen dalam tempoh yang agak lama, namun secara puratanya sokongan pengundi Melayu tidak merosot.

Faktor kemenangan BN lebih ditentukan oleh sokongan pengundi Cina dan India, yang mewakili hampir 30 peratus penduduk Kedah. Semasa era reformasi, yang dizahirkan secara terbuka dalam pilihan raya umum November 1999, lonjakan pengundi Melayu menyokong PAS begitu terasa di Kedah. Hasilnya, Parti Islam itu menang 12 kerusi Dun dan lapan Parlimen; semuanya di kawasan majoriti Melayu. Hanya di Kubang Pasu dan Langkawi, pengundi Melayu masih dilihat terikat dengan Umno, mungkin disebabkan faktor Mahathir

Melalui proses persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2002, sebagai persiapan Umno untuk mengalahkan PAS dalam PRU11, kaedah gerrymandering diguna pakai secara menjolok mata di Kedah. Formula mudahnya, tambahkan jumlah pengundi bukan Melayu di kawasan Parlimen yang dimenangi PAS. Pengundi Cina, India dan juga Siam dianggap penyelamat BN pada 1999, serta diandaikan akan terus menyokong parti berkenaan dalam pilihan raya berikutnya.

Kerusi Parlimen Pokok Sena (yang diwakili Mahfuz Omar), Baling (Ustaz Taib Azamuddin), Kuala Kedah (Mohamad Sabu) dan Yan (Ustaz Nasharuddin Mat Isa) menjadi tumpuan perancangan licik Umno, yang menguasai sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kerusi Dun yang menawarkan jumlah pengundi bukan Melayu agak ramai dimasukkan dalam kawasan Parlimen terbabit, misalnya Gurun di Yan (bertukar nama kepada Jerai) dan Kuala Ketil di Baling.

Terbukti perancangan Umno-SPR itu mencapai target apabila pada 2004, keempat-empat kerusi Parlimen itu berjaya direbut kembali BN.

Bagaimanapun, tanpa perlu menunggu lama, pada 2008, strategi itu memakan diri. Kerusi Dun di sebelah selatan Kedah, yang agak ramai pengundi bukan Melayunya itu, diisytiharkan lebih awal, tumbang satu demi satu.

Mungkin menyedari hakikat kemenangan PAS dan Pakatan di Kedah “agak rapuh” atau beliau sendiri suka memilih pendekatan “low profile”, Ustaz Azizan mempunyai kaedah tersendiri dalam mengemudi bahtera kerajaan negeri. Beliau lebih gemar menjauhi pertembungan dan konflik terutama apabila berdepan kerajaan pusat.

Malah hubungan baiknya dengan bekas pemimpin tertinggi Umno, Dr Mahathir (termasuk memberi anugerah), mengundang pelbagai tafsiran, terutama di kalangan aktivis PAS. Di kala bekas Perdana Menteri itu tersisih dalam partinya sendiri, termasuk di negeri kelahirannya, Kedah, bagi pemerhati politik, Ustaz Azizan bijak memanfaatkan ruang dan peluang.

Susulan itu, agak sukar untuk media mendapatkan komentar Dr Mahathir yang agak negatif kepada pentadbiran Ustaz Azizan di Kedah. Bukan itu sahaja, Ustaz Azizan juga dikatakan tidak menjadikan zaman pemerintahan BN sebelum itu sebagai sasaran kritikannya. Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid, kini Ketua Pembangkang di Dun, juga “terselamat” walaupun banyak isu boleh dikaitkan dengannya.

“Umno menunggu tindakan provokatif Ustaz Azizan sebaik menjadi menteri besar, tetapi impian itu tidak kesampaian,” kata seorang penganalisis politik semasa, yang dahulunya pernah aktif dalam Pemuda Umno.

“Dia pandai mengatur rentak dan membaca situasi di bawah. Umno gagal mengeksploitasi tindakan pembaharuan yang digerakkan kerajaan PAS di Kedah. Ternyata Ustaz Azizan cukup berhati-hati,” tambahnya, sambil menyifatkan kemungkinan ahli PAS sendiri yang tidak berpuas hati dengan Ustaz Azizan.

“Mengapa pula?” tanya saya.

“Yalah … kalau orang PAS mengharapkan pembaharuan Islamik di Kedah sama seperti perubahan awal di Kelantan dan Terengganu semasa PAS mula memerintah dahulu, tentu mereka akan kecewa. Ustaz Azizan mungkin popular di kalangan rakyat tetapi akan ditafsirkan daripada pelbagai perspektif oleh rakan-rakannya sendiri,” ujar rakan saya itu, yang juga seorang blogger.

“Percayalah cakap saya, Umno Kedah tidak akan berjumpa satu isu besar dan kontroversi, yang boleh menggugat dengan mudah kedudukan PAS di Kedah. Lihat saja, dulu dimainkan isu balak, kemudian hilang begitu saja. Sekarang, isu perobohan Madrasah Salihiah, di Kanchut … lagi mudah dipatahkan dan akhirnya akan menikam Umno balik,” tambahnya.

“Hang balik tengok sendirilah, Lutfi. Pelik juga bila Catatan Hujung jarang sentuh perkembangan di Kedah,” katanya.

Beliau, yang juga anak Kedah seperti saya, menjangkakan isu personaliti calon dan kualiti servis wakil rakyat akan menjadi penentu dalam PRU13

Saya akui, memang kolum saya tidak pernah menyinggung isu-isu Kedah dari dekat. Semasa malam kemenangan, 8 Mac 2008, saya turut meraikannya di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut. Bagaimanapun, saya hanya sempat sekali mengadakan wawancara khas dengan Ustaz Azizan, hampir empat tahun lalu, pada malam 17 Mei 2008, di rumahnya, di Jalan Sultanah, Alor Setar.

Dalam pertemuan itu, saya cuba menimbulkan beberapa persoalan yang berlegar dalam pemikiran ahli-ahli PAS termasuk berkaitan soal perubahan yang nampak begitu perlahan berjalan di Kedah.

Mengenali wataknya semasa menjadi Pengarah Urusan Harakah dahulu, saya jangkakan Ustaz Azizan akan bingkas menyanggah, tetapi dengan tenang, beliau memberi respons: “Saya lihat begini, ia berkaitan budaya orang Kedah. Budaya yang cukup terbuka, suka bergurau, suka berkawan. Malah ini juga yang berkembang dalam Dun, di antara wakil Umno dan PAS.

“Masa kita jadi pembangkang pun kita baik dengan Umno, Umno juga baik dengan kita. Sekarang kita jadi kerajaan pun kita baik dengan mereka. Saya tak suka kita buat sesuatu yang mengejutkan, biar rakyat menerima realiti ini sebagai satu proses demokrasi. Dalam Islam pun ada, misalnya saya baca buku tentang Fiqh Aulawiyat.

“Saya juga tekankan soal akhlak Islam. Kita tidak ada balas dendam dan akhirnya nescaya kita akan dapat simpati dan sokongan masyarakat. Umno yang lama berkuasa tentu sedih, tapi janganlah dalam kesedihan mereka itu kita tambahkan lagi pedihnya. Kalau perlu kita juga bekerjasama dengan mereka. Saya tahu mereka juga ada yang berpendidikan tinggi dan bersikap terbuka.

“Dulu mereka rasa PAS tak boleh memerintah, sekarang okey, boleh memerintah dengan baik, malah semua pihak lebih senang bekerja. Saya sendiri beri kebebasan kepada pegawai … Perlembagaan menjamin hak bersuara, hak berpolitik, hak berfikiran.”

Keuzuran membataskan saya untuk turun meninjau situasi akar umbi di Kedah. Namun, apabila seorang teman lama, sarjana sains politik terkemuka, membuat penyelidikan tentang perkembangan siasah di sebuah daerah di Kedah, dan melahirkan keyakinannya tentang kemampuan PAS mempertahankan kemenangan, saya teruja untuk melihat sendiri rencah peristiwa menarik di sana.

“PAS perlu cermat memilih calon. Ada wakil rakyat PAS yang tidak peduli masalah masyarakat bawahan. Rakyat marah, kalau calon itu juga bertanding, saya boleh bagi kepastian, PAS akan hilang kerusi,” katanya melalui telefon.

Semasa minum limau panas berdekatan Pekan Rabu, Alor Setar, jam 2 pagi, 22 Januari lalu, seorang rakan yang pernah belajar bersama saya 30 tahun lalu di Sekolah Teknik Alor Setar, turut mengemukakan isu sama: “Jangan pandang remeh isu-isu longkang tersumbat, jalan tak berturap, sampah bersepah hatta tempoh pendek lampu isyarat hijau. Semuanya boleh beri kesan kepada persepsi pengundi.”

Beliau mahukan pentadbiran kerajaan PAS dilihat cekap dan pantas bertindak menangani isu-isu rakyat. “Biar bandar-bandar di negeri-negeri Pakatan lebih bersih dan teratur berbanding negeri BN. Sikap antirasuah pemimpin PAS saya sanjung tinggi, tapi kadang-kadang rakyat awam tidak nampak atau tidak merasai kesannya dalam jangka pendek. Mereka mahu Adun atau Ahli Parlimen yang mesra rakyat, ambil berat masalah orang ramai dan tidak sombong,” katanya.

Rakan saya itu turut membawa seorang kawannya, yang banyak bercerita tentang Madrasah Salihiah. Kebetulan dia pernah tinggal berdekatan surau yang kini menjadi pejabat syarikat insuran.

“Dulu saya selalu main dekat kawasan tapak Kompleks Tunku Yaakob, yang terbengkalai lebih 30 tahun lalu itu. Sekarang dah tak ada orang Islam di kawasan itu, ramai yang berpindah. Surau yang ada pun hanyalah bilik solat di pejabat insuran. Satu waktu dulu orang yang gunakan stesen bas di Kanchut ada juga solat di situ, bila bas pindah ke Shahab Perdana, tak ada jemaah lagi. Lagipun, Masjid Zahir pun dekat,” ceritanya lancar.

Esoknya, saya “menziarahi” surau kontroversi itu, tidak jauh dari hotel penginapan. Segera saya faham mengapa isu ini tidak akan dapat dimanfaatkan — walaupun sedikit — oleh Umno Kedah. “Patutlah orang PAS Kedah dan Ustaz Azizan macam tak risau aja dengan isu surau ini,” saya berkata kepada Azamin Amin, wartawan Harakah Kedah. “Sesiapa yang lihat sendiri madrasah ini dan kawasan sekitarnya akan segera faham manipulasi Umno Kedah,” tambah saya.

“Selepas waktu pejabat, surau atau yang sebenarnya pejabat insuran ini akan berkunci, takda siapa boleh solat di dalamnya,” pintas Azamin.

“Siap … kita pergi rumah Ustaz, pukul 8 pagi,” panggilan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Helmi Khalid mengejutkan saya di awal pagi Isnin, 23 Januari. Beliau merujuk rumah Ustaz Azizan di Markas PAS Jerai.


Selasa, 3 Januari 2012

Madrasah Salihiah Isu Emas Bagi PAS, Gunakan Sebaiknya!!

Oleh : Tok Non Changloon

Sejak PAS bersama rakan sekutu KeADILan dan DAP memerintah Kedah 9 Mac 2008, Madrasah Salihiah Kanchut adalah isu politik terbaik di Kedah yang mesti dimanfaat sepenuhnya.

Orang yang tidak faham manipulasi isu politik akan melihat PAS diserang tetapi hakikatnya pihak lawan yang akan menerima padah yang teruk… dengan syarat, PAS mesti menghangatkan isu ini dan jangan biarkan ia terpadam.

PAS berada di posisi selesa kerana UMNO, melalui kenyataan para pemimpin mereka serta sikap yang diambil oleh media utama pro BN; bersikap menentang bangunan tersebut dirobohkan (melalui kaedah istibdal) bagi dibangunkan Kompleks Aman Central.

Jadi lakukan serangan bersepadu terhadap BN sehingga akhirnya mereka pula yang kelihatan defensif dan kalah terus.

Selepas membuat pengamatan dan analisis, isu Madrasah Salihiah Kanchut dapat mendedahkan 6 perkara.

Jangan lupa dedahkan semua perkara tersebut.

1.UMNO kuat bohong

Antara pembohongan dalam isu madrasah ialah:

a)Madrasah ada nilai sejarah berusia 100 tahun, sebenarnya baru berusia 4 tahun

b)Tanah wakaf digadai pada pemaju Cina kapiaq, sebenarnya tanah itu dipindah wakaf (istibdal)

c) Di situ ada 200 ahli khariah, sebenarnya cuma ada 5 keluarga Melayu kat situ, tak mampu buat jemaah terutama waktu Maghrib, Isya dan Subuh

d)Semua bangunan itu adalah surau, sebenarnya hanya ruang atas untuk solat, sebahagian besarnya ialah pejabat syarikat insuran.

2.UMNO tolak ulamak Majlis Fatwa Negeri Kedah yangi ketuai Mufti dan 9 ulamak besar Kedah selepas bermuzakarah, bersetuju madrasah itu diroboh ikut kaedah istibdal. UMNO menolak pendirian yang dibuat oleh para ulamak Kedah. Depa berlagak lebih pandai dari ulamak majlis fatwa.

3.UMNO sanggah Tuanku SultanMajlis Fatwa di bawah Tuanku Sultan. Tuanku sudah dimaklum mengenai isu tersebut oleh Majlis Fatwa. Membantah keputusan majlis fatwa bermakna menderhaka kepada Tuanku Sultan.

4.UMNO bersikap hipokritKerajaan BN Kedah pernah roboh masjid Alor Malai untuk program penyusunan semula pembangunan Kompleks Al- Bukhary yang di situ juga terdapat pasaraya Giant. Depa buat halal, pihak lain buat haram. Itulah sikap hipokrit UMNO.

5. UMNO anti Cina?Antara sebab penentangan projek Aman Central ialah kerana ia dimajukan oleh Sunny Ho, seorang Cina (usahasama dengan PKNK). Ia memberi impak ‘positif’ kepada masyarakat bukan Melayu, khususnya orang Cina di negeri ini bahawa UMNO dilihat anti Cina.

6.UMNO gagal bangunkan ekonomi MelayuPembantah mengatakan projek itu hanya menuntungkan orang Cina kerana Melayu tidak mampu beli lot kedai di situ. Sapa kata? Bukanlah orang Melayu sudah kaya raya hasil pembelaan dan penjanaan ekonomi yang dibuat oleh UMNO selama 60 tahun. UMNOlah satu-satunya parti yang memperjuangkan Melayu… habis tu kalau lot kedai pun Melayu tak boleh beli, apa kejayaan UMNO dalam mengangkat martabat orang Melayu???

KedahLa.

Sabtu, 10 Disember 2011

Pusat Haemodialisis Zakat Dibuka Di Kulim

images/stories/Disember2011/temengungg.jpgALOR SETAR - Pusat Haemodialisis Zakat Negeri Kedah di Kulim dijangka akan beroperasi selewat-lewatnya pada penghujung tahun 2012.

Setiausaha Zakat Negeri Kedah, Dato’ Sheikh Ghazali Yaacob, pusat haemodalisis itu akan beroperasi di bangunan bawah yang akan menempatkan 24 orang pesakit.

“Mengikut Kementerian Kesihatan, kita perlu mengikut Akta Kesihatan sebelum memperolehi lesen untuk menubuhkan dan menjalankan operasi Pusat Haemodalisis di Kulim,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan Zakat Perniagaan oleh Syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB) sebanyak RM663,000 kepada Jabatan Zakat Negeri Kedah di Menara Zakat Negeri Kedah, di sini.

Majlis penyerahan zakat perniagaan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Jahubar Sathik Abdul Razak kepada Dato’ Sheikh Ghazali Yaacob.

images/stories/Disember2011/temenggung1.jpgMenurutnya, penubuhan Pusat Haemodalisis di Kulim adalah bertujuan untuk membantu pesakit yang terdiri daripada golongan miskin di Daerah Kulim.

“Manakala Pusat Hameodalisis Zakat Negeri Kedah di Menara Zakat menempatkan 30 orang pesakit dan kebanyakannya paling ramai terdiri daripada pesakit dari Daerah Kota Setar di samping Daerah Pendang dan Yan,” jelasnya.

Tambahnya, jumlah kutipan zakat yang berjaya dikutip oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah sehingga 5 Disember 2011 ialah sebanyak RM89,889,284.18.

Turut hadir ialah Pengerusi BDB, Dato’ Paduka Haji Mohd Saad Endut; Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran BDB, Tuan Syed Saful Yusni Syed Ahmad Fuzi Shahabudin; Pengurus Besar Syarikat Bina dan Kuari Kedah, Encik Mohd Sobri Hussein; Timbalan Pengurus Besar Kedah Holdings dan Encik Ahmad Bokhar Khalid; Pengurus Besar Darulaman Resources, Encik Zainudin Zainul.

Hadir sama ialah Penolong Setiausaha Jabatan Zakat Negeri Kedah, Ustaz Ridzuan Ahmad; Pegawai Agihan dan Pembangunan Asnaf di Jabatan Zakat Negeri Kedah, Tuan Haji Sofiyuddin Ismail dan Pegawai Korporat di Jabatan Zakat Negeri Kedah, Encik Mohd Nasri Ab Ghani.

Khamis, 1 September 2011

Sekali Lagi Wang Rakyat Digunakan Untuk Kempen Tipu Rakyat

Tiga firma ditapis bantu kempen tenaga nuklear Malaysia

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Kerajaan Malaysia sedang mencari sebuah agensi perhubungan awam untuk membantu membina sokongan orang awam terhadap usaha Putrajaya mengadakan tenaga nuklear — sumber tenaga alternatif menjelang tahun 2013.

The Holmes Report, yang diterbitkan di New York, melaporkan awal minggu ini bahawa Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia (MNPC), sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan Januari lalu, telah menyenarai pendek tiga firma untuk membantu menjalankan kerja-kerja perhubungan awam projek yang sensitif itu.

“Difahamkan pemilihan formal belum dilakukan. Satu sumber terlibat dalam proses berkata fi (juga) belum disahkan, tetapi dijangka mencecah tujuh digit,” katanya lagi.

Pelawaan untuk mendapatkan khidmat firma perhubungan awam antarabangsa dijangka mencetuskan kontroversi baru selepas laporan baru-baru ini menyebut Putrajaya telah membayar RM58 juta kepada FBC Media untuk membina imejnya di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai saluran penyiaran antarabangsa.
Badan kawal selia Britain, Office of Communications (Ofcom) sedang menyiasat program-program dikendalikan oleh FBC Media bagi British Broadcasting Corporation (BBC).

Difahamkan Putrajaya telah menamatkan kontrak dengan FBC Media selepas didedahkan bahawa pemimpin-pemimpin Malaysia seringkali muncul dalam temu bual berbayar program televisyen global CNBC.

Usaha terbaru ini muncul di sebalik kontroversi krisis loji nuklear di Fukushima, Jepun Mac lalu ekoran malapetaka berganda gempa bumi dan tsunami.

Berdasarkan nota taklimat yang diperoleh oleh Holmes Report, khidmat runding perhubungan awam dikehendaki untuk memastikan pihak-pihak berkepentingan boleh membuat satu keputusan berdasarkan pada fakta dan boleh diyakini mengenai loji disyorkan menjelang tempoh yang telah pun ditetapkan.

“Pokoknya: Malaysia perlu ada tenaga nuklear dan memperoleh mandat rakyat menjelang 2013, apabila kerajaan membuat keputusan akhir dan mengumumkan lokasinya,” demikian nota ringkas itu.

Menurut Holmes Report, mendapatkan sokongan awam lebih 50 peratus adalah keutamaan, selain menangani aspek kebimbangan dan isu-isu yang timbul.

Beberapa pihak telah pun membantah usaha mengadakan loji tenaga nuklear di negara ini.

Pada Mac lalu, Sahabat Alam Malaysia (SAM) meminta kerajaan supaya menghentikan segera cadangan untuk membina loji nuklear dan empangan besar bagi menangani isu krisis tenaga kerana bimbang berlaku kebocoran reaktor seperti yang berlaku di Jepun.

Presidennya S.M Mohamed Idris berkata trajedi yang berlaku di Jepun menunjukkan kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan tidak mustahil Malaysia juga akan mengalami perkara yang sama.

Malah, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya bahawa Malaysia tidak perlu memiliki sebuah loji tenaga nuklear.

Malaysia bercadang membina dua loji seumpama itu yang masing-masing akan menjana kuasa 1,000 megawatt dengan loji pertama sedia untuk beroperasi pada 2021 dan yang kedua setahun kemudian.

Ia adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga.

Akhir Disember lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kerajaan serius untuk melaksanakan cadangan membina loji nuklear bagi menjana kuasa elektrik kerana ia termaktub dalam Program Transformasi Ekonomi.

Langkah itu katanya, juga merupakan satu daripada cara mentransformasi industri elektrik sebagai satu sumber tenaga yang stabil bagi memastikan negara tidak menghadapi masalah pada masa akan datang.

Beliau berkata loji nuklear bagi menjana kuasa elektrik sudah lama menjadi pilihan beberapa negara luar berikutan kenaikan harga petrol dan diesel serta arang batu, yang boleh mempengaruhi harga bekalan tenaga elektrik hingga membebankan pengguna. -TMI

Selasa, 28 Jun 2011

Subsidi RM74 bilion : Kerajaan Perdaya Rakyat, Kata Pakar

Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah “memperdayakan” rakyat apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyatakan bahawa kerajaan menanggung bil subsidi berjumlah RM74 bilion pada 2010, kata seorang pakar ekonomi hari ini.

azlanBercakap pada dialog belanjawan Selangor 2012 di Subang Jaya, profesor pelawat Universiti Nottingham, Subramaniam Pillay berkata 54 peratus daripada bil itu adalah untuk pendidikan dan kesihatan yang sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan.

"Semua kerajaan di dunia beri subsidi untuk barangan berlainan untuk golongan rakyat yang berbeza. Tetapi bagi pendidikan dan kesihatan, yang dinamakan oleh pakar ekonomi sebagai 'public goods' dan ini adalah tanggungjawab kerajaan,” kata Subramaniam yang bersara daripada jawatan Ketua Sekolah Perniagaan Universiti Nottingham tahun lalu.

"Semua negara maju di seluruh dunia beri subsidi dalam jumlah yang besar untuk kesihatan, kecuali di Amerika Syarikat tetapi (Presiden Barack) Obama baru-baru ini membentangkan Rang Undang-undang Kesihatan.”

Jika dua barangan itu dikeluarkan, bil subsidi hanya berjumlah RM31.1 bilion dan daripada jumlah berkenaan, subsidi makanan yang secara langsung sampai kepada rakyat hanya bernilai RM3 bilion atau lebih kurang 2 peratus daripada bajet kerajaan persekutuan.

NONEKatanya, sebahagian besar subsidi RM23.7 bilion untuk bahan api dan tenaga yang dibayar pada 2010 disalurkan kepada subsidi gas yang kemudiannya diberikan kepada pengeluar tenaga bebas.

"Bagi infrastruktur, semua subsidi disalurkan kepada (konsensi lebuhraya) bukan kerana mereka memerlukannya tetapi kerana mereka menandatangani perjanjian (dengan kerajaan) yang bodoh. Ini bukan subsidi untuk rakyat,” katanya.

Perangkaan RM74 bilion yang dikeluarkan oleh PEMANDU seringkali digunakan oleh BN sebagai alasan bahawa pengurangan subsisidi petrol, gas asli, diesel dan barangan makanan yang lain adalah berpatutan kerana kerajaan menanggung bebanan yang berat.

Khamis, 9 Jun 2011

Isu Hudud : Tok Guru Nik Aziz Selar Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Tun Dr Mahathir Mohamad bukan Karpal Singh seperti mana didakwa bekas perdana menteri itu.

Kata Nik Aziz , kemungkinan Dr Mahathir sudah lupa bahawa beliau telah menghantar surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada melaksanakan hukum hudud.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.

Bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amara dihantar kepada Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

“Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh.

“Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,” kata Nik Aziz dalam laman Facebook beliau hari ini.

Semalam Dr Mahathir mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal.

Dengan nada menyindir, beliau berkata, syabas dan tahniah kepada Karpal kerana “akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya.”

Kata Dr Mahathir, yang kalah ialah puak ulama manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, perjuangan Karpal, selaku Pengerusi DAP kebangsaan, supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam, yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.

Dr Mahathir mendakwa PAS berbuat demikian kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khususnya Karpal.

Dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan Ke-57 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan.

Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya tidak perlu mengambil berat akan kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir sambil menyifatkan pemimpin veteran itu “kewarasannya sudah tidak stabil.”

“Kita tidak perlu nak ambil peduli, ini kenyataan yang sudah sampai ke tahap kewarasan yang sudah tidak stabil dan saya bersimpati kepada beliau (Dr Mahathir).

“Beliau sebenarnya tidak sedar apa yang beliau katakan itu sebab itu PAS tidak perlu nak ambil berat sangat, orang yang paling kuat menentang hudud adalah Dr Mahathir… orang pertama yang menghantar surat amaran kepada Kelantan adalah Dr Mahathir.

“Karpal tidak menentang seperti mana yang dilakukan Dr Mahathir, sejarah sudah membuktikan orang yang menentang negara Islam dan hudud adalah Dr Mahathir dan saya percaya beliau masih menentang sehingga sekarang,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tegas Mahfuz, bukan Karpal yang memperoleh kemenangan dalam pemilihan PAS tapi rakyat negara ini kerana parti Islam itu bersedia untuk menggantikan Umno pada pilihan raya umum ke-13.

“Yang dapat kemenangan besar ialah rakyat negara kita… orang yang tidak hadir yang dimaksudkan itu adalah rakyat di mana mereka mendapat satu keyakinan kepada PAS yang akan membentuk negara berkebajikan.

“Bukan Karpal yang dapat kemenangan tapi rakyat,” katanya.

Justeru Ahli Parlimen Pokok Sena ini percaya Umno berada dalam keadaan tertekan ekoran pendekatan baru yang ditonjolkan PAS.

“Saya percaya Umno dalam keadaan yang sangat menggelabah dengan kekuatan pendekatan yang ditunjukkan PAS melalui konsep negara berkebajikan dan ini bertepatan dengan situasi semasa yang mana rakyat mengalami pelbagai persoalan yang gagal diselesaikan kerajaan sedia ada.

“Oleh itu gandingan kepimpinan sedia ada dan dulu telah berjaya memberikan satu lontaran kepada rakyat bahawa mereka kini mempunyai landasan baru iaitu negara berkebajikan dan ini akan memberi satu kekecewaan kepada Umno yang telah menimbulkan pelbagai keraguan kepada rakyat termasuk dalam isu perkauman, video seks dan sebagainya,” katanya.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga menyifatkan individu yang menghentam pembentukan negara Islam adalah Dr Mahathir.

“Negara Islam Dr Mahathir yang hentam kuat sekali tapi dia juga yang mengumumkan Malaysia negara Islam, dia juga yang cadangkan agar PAS buang nama Islam yang mana kita tentang habis-habisan.

“Dr Mahathir ini sudah tidak stabil pemikirannya, bila kita kata negara kebajikan dia kata kita lari dari landasan… sebenarnya Umno sudah semakin gelisah dengan perubahan yang berlaku (dalam PAS),” katanya.

Jelas beliau, serangan demi serangan yang dibuat terhadap PAS kerana Umno bimbang akan tewas pada pilihan raya ke-13.

“Dulu PAS bagus tapi sekarang lagi bagus sebab orang bukan Melayu semakin yakin dengan PAS maknanya Umno kini semakin menuju ke jalan-jalan terakhir.

“Apa yang dilakukan Umno ini sebab takut untuk menghadapi pilihan raya umum,” katanya.

Jumaat, 6 Mei 2011

Mengapa Permohonan Rebat Cukai Tanah UUM Ditolak Kerajaan Negeri Kedah?

BULETIN UTAMA TV3 cuba memanipulasi isu penolakan rebat cukai tanah yang dipohon UUM.

Pihak UUM sebelum ini telah merayu kerajaan negeri Kedah memberikan rebat cukai tanah sehingga mereka hanya perlu membayar RM100 ribu sahaja seperti yang dinikmati pada 2006-2008, berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar. UUM meminta kadar semurah itu untuk tempoh lima tahun lagi.

Cukai tanah bagi tahun 2011 sepatutnya perlu dijelaskan segera untuk mengelak dari didenda. Tarikh akhirnya ialah 1 Jun 2011.

Antara alasan yang dikemukakan UUM dalam rayuannya untuk mendapatkan rebat ialah UUM bukan institusi pengajian tinggi yang berorientasikan keuntungan. Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta. Semua keuntungan itu dibuat di atas tanah yang dikategorikan untuk IPTA, bukan tanah premis perniagaan. Apa salahnya gunakan keuntungan besar yang ‘tidak disengajakan’ itu untuk menjelaskan cukai.

Satu lagi alasan yang diberikan ialah keluasan tanah UUM adalah 1,104.3 hektar tetapi hanya 57% dari keluasan tanah tersebut atau 627.8 hektar sahaja yang dibangunkan. Orang kampung yang mengusahakan sawah padi tetap perlu membayar cukai tanah meskipun pada tahun tertentu sawah mereka dilanda banjir, mereka tidak pernah menggunakan hujah ‘ala UUM’ untuk meminta rebat cukai.

Kadar cukai tanah yang dikenakan ke atas UUM ialah RM0.20 bagi satu meter persegi, bermakna jumlah keseluruhan ialah RM1,744,357.00. Bagaimanapun berlaku pengambilan sejumlah kecil tanah UUM iaitu 3119.3662 meter persegi menyebabkan taksiran cukai berkurang menjadi RM1,743,735.00.

Kadar RM0.20 bagi satu meter persegi adalah kadar cukai tanah mengikut semakanhasil tanah pada 2005 yang menjadikan cukai tanah UUM sebanyak RM1,743,735.00. Cukai tersebut tidak dikira mengikut rebat cukai yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 iaitu pada kadar RM0.30 bagi satu meter persegi. Jika rebat tersebut diikuti maka cukai tanah yang baru bagi UUM ialah RM2,615,602.00!

Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dilaporkan tidak bersetuju terhadap rebat oleh UUM itu kerana ia boleh dijadikan ‘precedent case’ atau kes duluan untuk dijadikan rujukan. Hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri Kedah dari tanah-tanah milik Persekutuan di negeri ialah RM31 juta setahun.

Jika UUM diberikan rebat, bayangkan jika semua jabatan Persekutuan tersebut, khususnya IPTA membuat rayuan terhadap kerajaan negeri menggunakan alasan yang sama yang digunakan UUM; maka ia meletakkan kerajaan negeri dalam dilema kerana tidak adil dalam melayan pembayar cukai tanah. UiTM Merbok dikenakan cukai RM0.55 untuk satu meter persegi, lebih sekali ganda dari yang ditanggung UUM. Bagaimana jika UiTM Merbok turut meminta rebat, kerana alasan mereka lebih kuat untuk meminta rebat?

Sepanjang tiga tahun memberi rebat pada UUM (2006-2009) kerajaan negeri telah kehilangan hasil sebanyak RM4,933,071.00. Sekiranya permohonan untuk mendapat jumlah rebat yang sama dipanjangkan lagi selama lima tahun maka negeri akan kehilangan hasil sebanyak RM8,218,675.00. Jumlah tersebut adalah terlalu besar untuk bukan sebuah negeri maju macam Kedah.

Jika pihak UUM masing ‘membuat bising’ kononnya kadar cukai tanah RM0.20 satu meter persegi yang dikenakan terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar, maka eloknya kita meneliti kadar cukai tanah yang dikenakan terhadap IPTA di negeri lain sebagai rujukan.

USM Pulau Pinang dikenakan cukai RM2.58 bagi setiap meter persegi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPS) RM0.50 satu meter persegi, IPTA di negeri Selangor RM0.39 untuk satu meter persegi. Manakala semua premis milik Pusat seperti sekolah, balai polis, hospital dan lain-lain yang didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan maka kadar untuk satu meter persegi ialah RM0.55. Semua premis tersebut tidak sibuk meminta rebat, UUM pula yang tiba-tiba menjadi Universiti Uzur Malaysia yang perlu diberi rebat.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada UUM. Cakapnya ‘double standard’ kerana dia tidak mengulas hal yang sama bagi UNIMEPS atau mana-mana IPTA yang terletak di negeri-negeri ditadbir BN. Sepatutnya negeri BN menjadi contoh dalam memberi rebat ‘gila-gila’ itu kepada semua IPTA yang terdapat di negeri masing-masing, tapi ia tidak berlaku.

Di Kedah, di mana sahaja ceramah politik BN diadakan maka isu cukai tanah UUM menjadi isu wajib untuk diulas. Ini menunjukkan bahawa permohonan rebat oleh UUM terhadap kerajaan negeri bukan ikhlas demi pembangunan pendidikan tetapi lebih menjurus kepada provokasi politik.

Apabila nanti kerajaan negeri menolak maka bolehlah jentera propaganda mereka menjelaskan kepada seluruh rakyat jelata bahawa kerajaan negeri menindas institusi pengajian tinggi. Jika itulah maksud yang tersirat dari apa yang tersurat, maka ‘eloklah’ mereka meneruskan niat busuk tersebut.

Soalan politik yang mereka ajukan kepada kerajaan negeri sekarang ialah; jika masa BN dulu mereka boleh beri rebat, mengapa sekarang tidak?
Jawapannya begini:

1) Mengapa kerajaan negeri Perlis yang diperintah BN kini tidak memberi rebat kepada UNIMEPS yang kadar cukainya jauh lebih tinggi dari UUM? (Jawapan dalam bentuk soalan)

2) Kerajaan negeri dulu hilang hasil dari RM4,933,071.00 akibat pemberian rebat, tetapi perbelanjaan pengurusan negeri terutamanya dalam bidang kebajikan rakyat banyak diambil alih oleh Pusat akibat kelemahan kerajaan negeri pada masa itu. Sekarang kerajaan perlu berdikari kerana bantuan Pusat tidak lagi melalui negeri. Sekalipun Kedah masih dibawah pemerintahan kerajaan BN Pusat namun Kedah adalah antara negeri yang dianaktirikan oleh BN Pusat. Ramai dari senarai penerima bantuan E-Kasih ditamatkan bantuan bulanan oleh Pusat sedangkan senarai E-Sinar di bawah negeri terus menerima bantuan.

3) Di samping perlukan dana untuk pembangunan negeri dan kebajikan rakyat, kerajaan negeri kini terpaksa menjelaskan hutang tinggalan BN lalu sebanyak RM2.3 Billion, di mana RM1.83 Billion darinya adalah hutang berkaitan air.

4) Kerajaan kini sangat mementingkan kebajikan rakyat, justeru akan mempastikan setiap sen duit yang menjadi hak rakyat diguna untuk kesejahteraan rakyat. Ini berbeza dengan kerajaan lalu yang lebih mementingkan 'orang kaya' (UUM) dari rakyat yang ramai masih miskin.

~wartakedah~

Selasa, 26 April 2011

Populasi Meningkat, Gagal Naiktaraf Sejak Sekian Lama Adalah Puncanya


ALOR SETAR - Bilangan populasi pelajar meningkat hampir sekali ganda dan kegagalan pengurusan Universiti Utara Malaysia(UUM) menaik taraf kemudahan infrastruktur dikenal pasti punca bekalan air universiti itu bermasalah.

Seorang jurutera perunding yang terlibat dalam pembinaan rekabentuk infrastruktur di UUM sekitar tahun 1989 berkata, objektif pembinaan universiti itu pada awalnya untuk menampung kapasiti pelajar tidak melebihi 18,000 orang, bagaimanapun peningkatan bilangan pelajar sehingga hampir 30,000 orang menyebabkan sistem bekalan air sedia ada gagal menampung keperluan mereka.

Beliau yang enggan dikenali berkata, UUM kini menggunakan lebih kurang 350,000 gelen air sehari untuk menampung keperluan pelajar dan kakitangan universiti, walhal jumlah itu sebenarnya kurang separuh daripada kapasiti ideal air yang diperlukan iaitu lebih kurang 750,000 gelen air sehari.

“Selain itu, kegagalan UUM menaik taraf sistem perpaipan, menambah kapasiti tangki air(reservoir), menambah rumah pam,menukar saiz paip penghantaran dan paip retrikulasi (perhubungan) kepada saiz lebih besar supaya mendapat tekanan air sekata dilihat penyumbang utama kepada permasalahan, bukan semata-mata berpunca Syarikat Air Darul Aman (Sada).

“Tindakan menyalahkan Sada tidak wajar kerana masalah bekalan air UUM berpunca daripada kelemahan sendiri dan ianya bukan sahaja dialami universiti itu sahaja, malah turut meliputi sebahagian besar institusi pengajian tinggi awam(IPTA) di negara ini,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian semalam.

Jurutera perunding itu berkata, sebelum pembinaan Loji Air Padang Sanai, Padang Terap, UUM terpaksa mendapatkan bekalan air daripada Loji Air Bukit Pinang dan mengalami masalah tekanan air rendah memandangkan ianya disalurkan dari kawasan rendah (Bukit Pinang) ke kawasan tinggi (Sintok).

Menurutnya, pembinaan loji air itu pada asalnya bertujuan mengatasi masalah tekanan air rendah di kawasan Changlun dan Sintok, bagaimanapun ianya masih tidak mencapai objektif di UUM kerana sistem bekalan air dan perpaipan lama membataskan kuantiti bekalan air diterima.

“Peningkatan bilangan populasi pelajar sepatutnya seiring dengan peningkatan kemudahan asas dan infrastruktur universiti itu demi keselesaan penghuninya.

“Dalam isu bekalan air di UUM, apabila kemudahan infrastruktur tidak dinaik taraf, saiz paip bekalan air sedia ada tidak cukup dan memerlukan paip bekalan air lebih besar untuk sesuai dengan tekanan air lebih tinggi. Tiada guna Sada meningkatkan penyaluran bekalan air ke UUM sekiranya kemudahan infrastruktur di takuk lama,” katanya.

Menurutnya, UUM bukan sahaja perlu menaik taraf sistem bekalan air, malah perlu meningkatkan kualiti sistem bekalan kuasa, telekomunikasi, perparitan dan pengurusan sisa kumbahan memandangkan penambahan lebih daripada 10 blok bangunan di universiti itu memberi kesan langsung kepada kesemua infrastruktur tersebut.

“Berdasarkan perkiraan saintifik yang dibuat, anggaran RM50 hingga RM70 juta diperlukan UUM untuk menaiktarafkan sistem bekalan air di seluruh kawasan universiti, termasuk kos penyelenggaraan, menambah paip saliran, reservoir dan rumah pam baru memandangkan jumlah sedia tidak mencukupi.

“Manakala, anggaran keseluruhan sebanyak RM150 juta diperlukan untuk membiayai kos menaik taraf keseluruhan kemudahan infrastruktur terbabit untuk memastikan UUM selamat dan selesa diduduki,”katanya.

Beliau turut memberi amaran UUM bakal berdepan dengan masalah bekalan air yang lebih buruk pada masa akan datang sekiranya usaha menaik taraf kemudahan infrastruktur universiti dipandang sepi oleh pengurusannya.

“Hampir keseluruhan paip saliran air yang digunakan di UUM diperbuat daripada paip asbestos yang kurang tahan lama manakala reservoir yang sedia ada pula hanya mampu menampung separuh daripada kuantiti sebenar air diperlukan.

“Saya minta pengurusan UUM memandang serius perkara ini kerana ianya melibatkan keselesaan pelajar dan kakitangan, lebih-lebih lagi universiti itu dalam usaha menarik pelajar luar negara melanjutkan pelajaran ke sana,” katanya.


Sumber : Kedahlanie.info

Isnin, 25 April 2011

Pemuda Pas Kedah Bidas Kenyataan Naib Canselor UUM


ALOR SETAR - Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak digesa memohon maaf terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berikutan kenyataannya kelmarin, yang dianggap tidak menghormati pemimpin tertinggi negeri.

Desakan itu dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) berikutan kenyataan lantang Dr Mohamed Mustafa yang menyifatkan Azizan hanya layak mengurus sekolah pondok, setelah Azizan mencabar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyerahkan UUM untuk diambil alih Kerajaan Negeri apabila universiti itu mempertikai pembayaran cukai tanah bernilai RM1.7 juta setahun.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor (gambar) berkata, DPPNK memandang pandang serius perkara ini kerana selaku pegawai kerajaan, beliau tidak sepatutnya bertindak seperti itu,” katanya.

Muhammad Sanusi yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri berhak terima atau tolak permohonan rebat cukai tanah.

“Ia tidak terkecuali pada mana-mana tuan tanah, sama ada golongan berada atau petani sekalipun. Tiada yang merungut pun kecuali UUM, mungkin kerana mereka faham tanggung jawab sebagai pemilik tanah,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Dr Mohamed Mustafa yang mempertikai kemampuan Kerajaan Negeri untuk mengurus UUM kerana memerlukan bajet yang tinggi, mencecah RM300 juta setahun untuk mengurus 15,000 pelajarnya, Muhammad Sanusi berkata, Kerajaan Negeri mampu mengurus 2 juta penduduk hanya dengan pendapatan RM500 juta.

“Cukai tanah yang perlu dibayar UUM cuma 0.6 peratus daripada bajet berkenaan,” katanya.

Muhammad Sanusi turut mempertikai tujuan isu cukai tanah dan bekalan air di UUM dibangkitkan oleh Dr Mohamed Mustafa, memandangkan KPT sebelum ini tidak pernah mempersoal pembayaran cukai tanah terbabit.

Menurutnya, kewibawaan Ustaz Azizan untuk mentadbir sebuah pusat pengajian tidak harus dipertikaikan, berikutan beliau berpengalaman selama 21 tahun dalam bidang institut pengajian tinggi.

“Dato' Seri Azizan pernah menjadi Ketua Jabatan di Universiti Kebangsaan Malaysia, selain itu, beliau adalah antara pengasas Universiti Islam Antarabangsa dan menubuhkan Fakulti Syariah dan Undang-undang di Universiti Mindanao, Filipina. Beliau juga yang memperluas program Kolej Universiti Insaniah daripada tujuh program kepada 42 program, malah membina kampus induk di Kuala Ketil dengan sumber terhad tanpa bantuan kewangan Pusat,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, UUM tidak perlu memandang rendah terhadap pengurusan sekolah pondok, kerana pentadbiran pondok sekarang lebih baik. [Sinar Harian]


sumber berkaitan :

Kedahlanie.info - Pemuda PAS Kedah Bidas Kenyataan Naib Canselor

Warta Kedah - Jangan Perlekeh Kepimpinan Negeri Pilihan Rakyat

Sabtu, 23 April 2011

Kenapa PAS Dikritik??


TEMERLOH, 21 April: Kenapa PAS dikritik pedas oleh beberapa orang penulis, penganalisis politik dan juga blogger sejurus selepas kegagalan parti menawan sebarang kerusi di Sarawak?

“Kerana kekecewaan yang amat sangat terhadap sistem politik negara, berleluasanya rasuah, salah tadbir, salahguna kuasa dan perlanggaran undang-undang dan peraturan yang terang-terang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional, maka lahirnya pelbagai kritikan pedas beberapa penulis, penganalisis politik dan blogger terhadap PAS.

“Barangkali inilah juga yang menyebabkan terlahirnya pandangan pedas daripada Dr Aziz Bari, kerana keinginan melihat Barisan Nasional tumbang hari ini dan terlahirlah sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih baik,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) ketika mengulas kritikan penganalisis politik, Dr Abdul Aziz Bari terhadap PAS dan Presiden, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata besar kemungkinan kerana Aziz lebih “menyayangi” (menaruh harapan tinggi) PAS serta kegagalan parti dalam beberapa pilihan raya kecil dan juga pilihan raya negeri Sarawak dan didorong dengan kebosanan yang meluap-luap terhadap Barisan Nasional, Aziz telah mengkritik PAS dan Hadi sejurus kegagalan parti untuk menawan sebarang kerusi Dun di Bumi Kenyalang.

“Beliau tidak menyerang DAP atau PKR mungkin kerana beliau lebih sayangkan PAS berbanding parti lain.

“Sebagai seorang yang amat pakar dan matang dalam analisa politik negara, sebagai contoh, beliau tentu faham akan impak politik yang terpaksa dihadapi oleh PAS dan PKR di kawasan majoriti Melayu dan Islam apabila Umno dan BN memainkan isu perkauman, justeru Baru Bian diumumkan akan dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang.

“Akan tetapi, mungkin kerana kebosanannya kepada BN yang meluap-luap, sehinggakan beliau merasakan bahawa PAS tidak sepatutnya kalah dalam pertandingan ini. Apabila kita tewas, sudah tentu beliau kecewa kerana harapan tingginya pada PAS,” terangnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau juga menjelaskan adalah mudah untuk Tuan Guru Abdul Hadi menjadi tumpuan pengkritik apabila parti tidak dapat mencapai apa yang dihajatkan, namun beliau menasihatkan supaya para pengkritik turut menghargai jasa yang ditumpahkan oleh mereka dalam perjuangan PAS dan memberi cadangan penambaikan agar mereka yang tercedera tidak tersinggung dan mereka yang masih belum hilang kepenatan akan berasa sedikit terhibur.

“Tentulah mereka yang bertungkus-lumus berusaha untuk memenangi sebuah perjuangan tidak akan sama dengan mereka yang membuat ulasan selepas mengetahui keputusan,” katanya.

Tambahnya, penasihat yang baik ialah mereka yang mencadangkan sesuatu sebelum berlaku, dan pengkritik yang mengulas sesuatu selepas berakhir sesuatu pilihan raya dengan menyatakan, ‘sekiranya itu dan sekiranya ini’ walaupun penting, namun sudah tentu tidak banyak membantu jika dibandingkan dengan seorang penasihat.

“Yang pasti kritikan itu lahir kerana keghairahan yang tinggi untuk melihat tumbangnya BN,” ulasnya secara positif. - (harakahdaily)

Khamis, 21 April 2011

Kadar kehilangan air terlalu tinggi di UUM


ALOR SETAR, 20 April 2011 – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dato’ Ir. Phahrolrazi Zawawi menjelaskan bahawa SADA telah membekalkan sebanyak 15 juta liter air sehari ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dan ia sudah mencukupi untuk menampung keperluan air ke kampus tersebut.

Bagaimanapun, katanya, UUM adalah antara kawasan yang mengalami kadar kehilangan air (non revenew water) yang tinggi iaitu sekitar 43 peratus. Antara sebabnya ialah kerosakan saluran paip yang dipasang lebih 20 tahun lalu dan penyelenggaraan yang dilakukan UUM sangat minima.

“Logi air baru di Padang Sanai sudah siap akan akan mula beroperasi, kita mampu membekalkan air ke UUM sehingga 35 juta liter air tapi harus diingat dalam keadaan infrastruktur dalaman yang teruk di UUM, bekalan air sebanyak mana pun tidak akan menyelesaikan masalah,” ujarnya.

Menurutnya, infrastruktur yang direkabentuk adalah untuk keperluan 10 ribu pengguna, sedangkan sekarang penghuninya sudah bertambah tiga kali ganda. Saluran paip dan kapasiti tangki yang ada tidak mampu lagi menampung keperluan yang begitu tinggi.

Dato’ Phahrolrazi menasihatkan UUM atau Kementerian Pengajian Tinggi supaya menyegerakan kerja menaik taraf infrastruktur bekalan air di UUM bagi menyelesaikan masalah berbangkit.

“Itu (kampus UUM) adalah kawasan mereka, hak mereka dan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengatasi masalah yang timbul di UUM. Kerja kita ialah membekalkan bekalan air bersih yang mencukupi dan kita telah menyempurnakan kerja tersebut,” ujar beliau.

Tiada Masalah Jika UUM Dengar Nasihat SPAN


ALOR SETAR, 19 April - Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak akan menghadapi masalah bekalan air sekiranya pihak pengurusannya mendengar nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) supaya mengstruktur semula atau naiktaraf infrastruktur pembekalan dan saluran paip air institusi berkenaan.

Infrastruktur bekalan air berkenaan seusia dengan pembinaan UUM 27 tahun lalu yang bukan sahaja tidak mampu menampung peningkatan jumlah penghuninya dari tahun ke tahun malah air itu mengalami kesusutan (non revenue water) sebanyak 43 peratus kerana kebocoran paip.

“Kemudahan air yang ada adalah yang disediakan semenjak universiti itu dibina di mana untuk penghuninya seramai 10,000 orang. Sebaliknya sekarang penghuninya meningkat kepada 30,000 termasuklah pelbagai kolej, fakulti, hotel dan padang golf,” kata Menteri Besar YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pada media di pejabatnya.

Tegasnya lagi, walaupun mereka membelanjakan RM100,000 sebulan, air yang diperolehi daripada tangki air Syarikat Air Darul Aman (Sada) adalah percuma dan mereka hanya belanja kos pengurusan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM Profesor Madya Dr Mohd Amy Azhar Mohd Harif yang mendakwa UUM membelanjakan RM100,000 sebulan bagi menguruskan bekalan air bersih untuk kegunaan 25,000 pelajar dan 5,000 kakitangannya.

Menurut Dato’ Seri Ustaz Azizan, pihak pengurusan UUM sepatutnya mengambil contoh dari apa yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia yang menaiktaraf infrastruktur semula loji serta pembesaran saluran paip.

“Saluran paip lama sudahlah kecil bocor pula sepertilah tapak tangan kecil menadah air terjun,” katanya.

Ini kerana Loji Air Padang Sanai mampu mengeluarkan air sebanyak 50 juta liter padu sehari untuk bekalan ke UUM dan Bukit kayu Hitam sebanyak 35 juta liter padu, Durian Burung 10 juta liter padu dan sekitar Padang Sanai sebanyak 5 juta liter padu.

Justeru itu UUM tidak akan hadapi masalah air sekiranya mendapat nasihat pakar dengan menaiktaraf infrastruktur bekalan air di dalam kawasan mereka.

Selasa, 22 Mac 2011

Saman Royalti Minyak : Kelantan lwn Petronas + Kerajaan Pusat


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan kerajaan Persekutuan untuk menjadi pencelah dalam kes saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petroliam Nasional Bhd atau Petronas bagi membayar tunggakan royalti minyak dan gas negara sejumlah RM800 juta setahun sejak 2005.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof kemudiannya menetapkan tarikh 31 Mac ini untuk membawa kembali kes ini ke bahagian komersial.

Putrajaya sebelum ini memfailkan permohonan mahu campur tangan dengan dibenarkan menjadi defendan kedua dalam kes royalti minyak yang dibawa oleh kerajaan negeri Kelantan.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan Datuk Husam Musa berkata, pentadbiran Najib seolah-olah mahu “membantu” Petronas agar tidak “keseorangan” menghadapi kes itu.

Kerajaan negeri Kelantan sebagai plantif telah memfailkan saman ke atas Petronas pada 30 Ogos tahun lalu kerana telah melanggar kontrak yang ditandatangani bersama dengan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri diwakili oleh peguam Tommy Thomas.

Antara relif yang dituntut adalah satu penjelasan diambil atau satu siasatan diperintahkan yang menghendaki Petronas untuk membuat pendedahan penuh dan benar berhubung semua fakta berkaitan dengan bayaran-bayaran tunai yang perlu dibuat kepada Kelantan.

Ia juga termasuk tempoh dari mana petroleum telah dikeluarkan, didapati atau diperoleh di luar pantai Kelantan, kawasan-kawasan atau blok-blok dari mana petroleum telah didapati dan diperoleh, serta jumlah bayaran tunai yang perlu dibuat kepada Kelantan.

Selain itu, tuntutan ini juga memohon satu perintah supaya semua bayaran tunai pada masa hadapan hendaklah dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan oleh Petronas bagi petroleum yang dikeluarkan di luar pantai Kelantan seperti mana Perjanjian Petroleum Kelantan.

Turut dituntut lima relif yang lain, termasuk relif ganti rugi dan kos.

Saman pemula itu tidak menyatakan jumlah keseluruhan tuntutan daripada Petronas.

Dalam kenyataan tuntutan, kerajaan negeri menjelaskan bahawa Perjanjian Petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975, secara jelas menyatakan bahawa Petronas hendaklah membayar secara tunai sebanyak lima peratus bagi segala hasil minyak sama ada di pantai ataupun di luar pantai negeri berkenaan.

Mengikut klausa kedua perjanjian, bayaran tunai itu hendaklah dibayar dua kali dalam setahun, pada atau sebelum 1 Mac, atau sebelum 1 September.

Menurut Klausa 3 pula, pembayaran tersebut hendaklah terus dibayar selama mana petroleum diperoleh dari negeri berkenaan dan tidak perlu membayar sekiranya petroleum tidak lagi diperoleh.

Dalam kenyataan tuntutan itu, kerajaan negeri turut menjelaskan bahawa hak milik sumber petroleum dan hak-hak keistimewaan untuk mencari gali bukan satu pemberian kepada Petronas tanpa sebarang balasan ataupun pampasan. (tvs news)

Selasa, 8 Mac 2011

MB dan 10 Exco Kerajaan Kedah Angkat Sumpah


ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta 10 Exco kerajaan negeri mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit Bukit, di sini hari ini.

Azizan ketika ditemui selepas majlis berkenaan berkata pelantikan barisan Exco itu dikekalkan, namun ia melibatkan sedikit rombakan portfolio.

Beliau berkata anggota yang terlibat dengan perubahan portfolio ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga.

Turut berubah portfolio ialah Datuk Ir. Amiruddin Hamzah yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan; Pertanian dan Industri Asas Tani; Bioteknologi dan Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan. Anggota Exco tidak terbabit dengan perubahan portfolio ialah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi .

Manakala Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib dilantik kembali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan. Anggota lain yang dikekalkan ialah Siti Aishah Ghazali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat serta Dr Ismail Salleh selaku Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

S. Manikumar turut dilantik semula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, manakala Lim Soo Nee memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia.

Abd Ghani Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Usahawan, manakala jawatan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan disandang Tan Joon Long @ Tan Chow Kang.

Sementara itu, portfolio Azizan turut dikekalkan iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Keselamatan Negeri, Kewangan dan syarikat Milik Kerajaan.

Azizan berkata pelantikan barisan Exco itu dikekalkan kerana setakat ini pihaknya berpuas hati dengan pencapaian mereka dan berharap usaha dapat digandakan bagi memastikan pentadbiran negeri lebih baik.

"Pelantikan ini diharap berkekalan selama setahun... selama tiga tahun menjadi Exco sebelum ini, banyak pengalaman sudah kami lalui," katanya. - BERNAMA

Sabtu, 5 Mac 2011

Bertukar Pandangan di Sambutan 3 Tahun PR Kedah

ALOR SETAR, 3 Mac: Kerajaan Negeri Kedah memberi ruang kepada rakyat negeri ini untuk mengemukakan pendapat dan pandangan kepada kerajaan negeri untuk kesejahteraan rakyat melalui Majlis Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Usahawan, Ustaz Abd Ghani Ahmad berkata dalam laman web Kedahsejahtera, tujuan program ini diadakan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat tentang pembaharuan dan perubahan yang dibuat oleh kerajaan negeri sepanjang 3 tahun memerintah negeri Kedah.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah akan menganjurkan majlis sambutan 3 tahun memperkasakan ‘Kedah Sejahtera’ sempena ulang tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Kedah.

Majlis sambutan tersebut akan diadakan pada 10 hingga 14 Mac bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Majlis anjuran Kerajaan Negeri Kedah ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) merupakan penaja utama di samping tajaan bersama oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Bina Darulaman Berhad (BDB).

Pelbagai acara telah di aturkan sempena sambutan ini untuk rakyat Negeri Kedah dalam usaha
memperkasakan Kedah Sejahtera.

Majlis akan turut di ceriakan dengan kehadiran Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga akan memberi pidato kemasyarakatan dalam majlis sambutan
tersebut.

Penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan dari artis antaranya Pak Long (selagi ada rindu) dan Amar.

Kerajaan Negeri Kedah telah mewujudkan laman web untuk memudahkan rujukan di
www.kedahsejahtera.com atau di www.facebook.com/sambutan3kedahsejahtera .

“Melalui program ini, kita dapati banyak impak yang kita akan perolehi daripada rakyat, di mana rakyat akan mendapat maklumat yang jelas dan tepat tentang perkembangan dan pembangunan negeri.

“Masyarakat akan menampilkan hak-hak mereka sebagai rakyat, apa yang mereka berhak dapat dan sekaligus akan mencelikkan hak mereka yang selama ini mungkin dipadamkan atau tidak dinyatakan, tetapi apabila kerajaan Pakatan Rakyat, kita zahirkan, bagi peluang, komen dan kritikan yang membina untuk kesejahteraan rakyat.

“Kemudian hasil maklumat-maklumat yang kita dapat, kita bertindak merancang dan melaksanakan program mengikut kehendak rakyat dan keperluan dari semasa ke semasa untuk menambah lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang mereka pilih,” ujar Abdul Ghani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera.

Sambutan ini bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara pimpinan kerajaan dan pentadbir kerajaan negeri bersama masyarakat menerusi penganjuran pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada rakyat.

“Program yang diatur bersesuaian kepada semua kaum dan pelbagai golongan masyarakat diharap memupuk perasaan muhibbah antara masyarakat berbilang kaum serta pimpinan kerajaan negeri,” ujar beliau dalam laman web Kedahsejahtera.

Khamis, 3 Mac 2011

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Serah RM2000 Kepada Setiap Pelajar ke Mesir


GEORGETOWN, 2 Mac: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini menyerahkan RM2,000 kepada 318 pelajar Mesir dari negeri ini termasuk anak kepada Yang bekas Dipertua Majlis Agama Islam (Maipp), Shabudin Yahya.

Sumbangan tersebut adalah pembuka tirai negeri pertama menyerahkan sumbangan berbanding negeri lain di Malaysia,
kerana sebelum ini Pulau Pinang mendahului mengumumkan peruntukan dan mengadakan perjumpaan antara pelajar dan waris pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri yang diadakan di Dewan Sri Pinang baru-baru ini.

Pada peringkat awal, Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria telah bertekad memberi keringanan kepada ibu bapa dengan mengeluarkan wang menerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) sekurang-kurangnya RM1,000 seorang.

Tetapi, setelah perbincangan dalam mesyuarat Exco semua sepakat menambah RM1,000 lagi daripada kerajaan negeri menjadikan RM2,000 semuanya.

Pada program yang dimulai meraikan pelajar dan ibu bapa dengan makan tengah hari itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, hasil penjimatan akhirnya banyak perkara boleh Kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakannya termasuk bantuan berkenaan sebagai meringankan tanggungan ibu bapa.

Slogan Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) membawa kebaikan walaupun pada awal pemerintahan terpaksa berhadapan cercaan dan hutang peninggalan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Selepas mempekenalkan dasar CAT pada umum ia terus melonjak terutamanya para pelabur yang bertambah sejak kebelakangan ini.

"Tentu pelajar tertanya-tanya apakah CAT. Ia bukan kucing sepertimana yang selalu dihebohkan oleh Umno sebaliknya pentadbiran yang menjurus kepada kebebasan, keadilan dan jauh daripada sikap rasuah," ujar Guan Eng.

Sementara itu, Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, Muhamad Hilmi Mohd Yusuf menyifatkan, bantuan itu sebagai galakan terhadap pelajar untuk teruskan belajar di serata univesiti di Mesir.

"Saya mewakili keseluruhan pelajar ucap terima kasih yang tidak terhingga dan berharap kerajaan negeri dapat pula ke sana menziarahi kami sebab sampai saat ini belum ada seorang pun kepimpinan negeri yang berbuat demikian," katanya.

Rabu, 2 Mac 2011

Pelabur Lebih Yakin Ke Negeri Pakatan Rakyat

Pulau Pinang merupakan negeri yang paling ramai pelabur di Malaysia diikuti Selangor dan ini buktikan Kerajaan Pakatan Rakyat boleh membawa Malaysia ke arah kemakmuran, sejahtera dan bertrampilan. Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu majlis dekat sini.

Ujarnya, apa yang diperlekehkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya jika Pakatan Rakyat menguasai negara ini rakyat semakin mundur ke belakang sebab kejatuhan ekonomi tidak benar sama sekali.

Katanya lagi, kedatangan pelabur paling ramai itu sekali gus menafikan kenyataan Najib yang mempertikaikan buku jingga yang memaparkan 100 Hari Pakatan Rakyat memerintah berbagai harga barangan akan diturun atau dikaji semula.

"Tengok apa yang dah kita amalkan menjadi tarikan pelabur yang ramai ke Pulau Pinang. Selangor pula kedua. Semua itu bukti Pakatan Rakyat tahu memerintah," tegasnya ketika menyampaikan watikah perlantikan 291 orang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) seluruh Pulau Pinang di tingkat 5, Komtar semalam.

Baru-baru ini Najib mengatakan pertumbuhan ekononi Malaysia mengembang kembali tanpa menyebut nama negeri berkenaan kerana mungkin memberi kesan pada pemerintahanya terutama dalam suasana pilihan raya kecil di Dewan Undangan (Dun) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang.

Najib patut sedar kewibawaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat kerana dapat menambahbaik kelemahan yang ketara ketika Barisan Nasional (BN) memerintah seperti rasuah, penyelewengan dan mementingkan kroni.

Di Pulau Pinang hasil penjimatan yang BN tidak pernah lakukan ialah Kerajaan Pakatan Rakyat dapat memberikan kembali wang RM100 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan atasi kemiskinan tegar.

Mulai tahun ini ujar Lim, kerajaan memperluaskan lagi bantuan kepada golongan ibu tunggal serta Orang Kurang Upaya (OKU) dan menaikkan elaun JKKK dan setiausahanya.

Bukan itu sahaja, elaun guru Kelas Fardhu Ain (KAFA), Tok Imam, Huffaz dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) juga diberikan.

"Dulu masa Umno dan BN perintah mereka menindas tidak membantu. Kini rakyat lega kerana kerajaan lebih berhati rakyat, " tambahnya yang juga Adun Air Putih, Balik Pulau.

Dasar Cekap, Akautabiliti dan Telus (C.A.T) katanya, memang berjaya dan berharap semua JKKK mainkan peranan menerangkan kepada keseluruhan rakyat agar mereka memahami hasil tindakan pembaharuan Kerajaan Pakatan yang memerintah.

CAT tambahnya, bukan sahaja menambah ekonomi dan menjimatkan wang rakyat malahan boleh meyakinkan rakyat jika maklumat dicambahkan kepada mereka.

"Saya mahu semua rakyat didedahkan hasil amalkan dalam pemerintahan. Peranan JKKK kena dilipat gandakan, " jelasnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...