Renungan Sejenak

Selasa, 1 Mac 2011

Tindakan Kerajaan Negeri Kedah Taja Pulang Pelajar Ke Mesir Dipuji


Tindakan Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak menaja kos penghantaran pulang pelajar-pelajar Kedah di Mesir jelas membantu meringankan beban ibu bapa pelajar-pelajar berkenaan malah dilihat sebagai mendahulukan dan memahami kehendak rakyat.

Rakyat ketika ini yang jelas semakin dihimpit dengan masalah ekonomi negara yang tidak menentu, dengan kenaikan harga barang dan sebagainya, amat menghargai segala jasa dan bantuan dari kerajaan negeri dan menyifatkannya sebagai mendengar luahan denyut nadi rakyat.

Malah, kerajaan negeri Kedah bukan sahaja menaja kos penerbangan pulang ke Mesir tetapi memberi 'bonus' RM500 berupa duit poket kepada pelajar yang akan kembali ke sana.

Ringkasnya, dalam negeri lain terutama negeri di bawah kerajaan BN, masih sibuk untuk mempertimbangkan sama ada mahu menaja atau tidak menaja penghantaran balik pelajar ke Mesir tetapi kerajaan negeri Kedah bukan sahaja menaja penghantaran tapi menambah dengan pemberian wang saku kepada pelajar-pelajar yang menuntut di Mesir wajar dipuji.

Kerajaan Pulau Pinang walaupun Ketua Menterinya berbangsa cina, turut menaja pelajar-pelajarnya untuk pulang ke Mesir. Tiada sentimen perkauman dan agama. Kerajaan Kelantan juga telah mengumumkan untuk menaja pelajar-pelajarnya untuk pulang ke Mesir. Setakat ini belum lagi dengar tindakan serupa dari kerajaan negeri Terengganu di bawah BN walaupun ramai juga pelajar dari Terengganu yang terlibat dengan Ops Piramid baru-baru ini. Negeri-negeri BN yang lain pula bagaimana??

Jadi, jelas kerajaan PR mampu. Mereka bertindak pantas dalam mendepani isu rakyat. Sesiapa yang mengatakan kerajaan PR tidak mampu memerintah, memang dia mencelikkan mata dan hatinya untuk menerima kebenaran. Bukan Umno-BN sahaja yang pandai memerintah. Kerajaan PR lagi bijak dan pandai memerintah jika diberikan peluang. Laporan Audit Negara juga mengakui negeri-negeri yang diperintah PR berhemah dalam perbelanjaan negeri dan mengiktiraf dasar dan pengurusan kewangan negeri PR.

Dalam keadaan disekat bermacam-macam peruntukan dari kerajaan pusat yang sememangnya menjadi hak negeri, tapi masih lagi mampu memerintah dengan baik bahkan lebih baik dari kerajaan Umno-BN. Namun kerajaan PR tidak pernah mendabik dada mengatakan ianya duit kerajaannya atau hasil usaha mereka sebagai pemerintah!!

Berikut adalah petikan laporan berita mengenai isu ini :



"Jangan Terima Kasih Kerajaan Negeri, Ini Duit Rakyat!!"

http://wartakedah.net/images/stories/Februari2011/mesir%201.jpg

YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan dalam nada yang berbeza dari pihak lain yang sering mendabik dada bahawa segala bantuan untuk rakyat seolah-olah duit pemimpin kerajaan.

Beliau memberitahu bahawa peruntukan yang digunakan untuk membawa pelajar Kedah kembali menyambung belajar di Mesir adalah wang rakyat. Ia adalah hasil dari pelbagai cukai dan keuntungan hasil balak, ladang-ladang dan pelbagai keuntungan lain menerusi anak syarikat kerajaan seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Syarikat Air Darul Aman, Kulim Hitech Park dan lain-lain.

“Jangan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Ini duit rakyat. Duit cukai. Keuntungan balak. Keuntungan pelaburan di Kulim Hitech untuk kamu semua belajar. Belajar bersungguh-sungguh. Jangan hampakan harapan ibu bapa.

“Rakyat bersama kita menangani sebarang isu. Rakyat bangga anak-anak Kedah berjaya masuk pengajian tinggi, belajarlah dengan sungguh-sungguh,” katanya.

 http://wartakedah.net/images/stories/Februari2011/mesir%203.jpg

Sebanyak RM2.5 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Kedah bagi menghantar mereka balik ke Mesir bertolak dari Alor Setar dengan bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Majlis perjumpaan pelajar Mesir dengan YAB Menteri Besar Kedah diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar anjuran Yayasan Islam Negeri Kedah dihadiri lebih 2000 orang termasuklah para pelajar dan keluarga masing-masing.




Sewa 3 Pesawat Hantar Pelajar Pulang Mesir, Duit Poket RM500 Setiap Seorang

http://wartakedah.net/images/stories/Februari2011/mesir%202.jpg

ALOR SETAR, 27 Februari - Lebih 800 pelajar dari pelbagai universiti di Mesir bersama keluarga masing-masing berkongsi kegembiraan apabila Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengumumkan penajaan mereka balik ke Mesir bagi meneruskan pelajaran.

Para pelajar ini pulang ke tanah air menerusi Ops Piramid disebabkan rusuhan kumpulan penentang kerajaan Mesir bagi menggulingkan Presiden Hosni Mubarak tempoh hari.

Kegembiraan yang terpancar di wajah para pelajar serta ibu bapa mereka bertambah-tambah apabila YAB Dato’ Seri Ustaz Azzian mengumumkan setiap pelajar berkenaan akan menerima RM500 sebagai wang belanja atau duit poket.

Majlis perjumpaan pelajar Mesir dengan YAB Menteri Besar Kedah diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar anjuran Yayasan Islam Negeri Kedah (Yink) dihadiri lebih 2000 orang termasuklah para pelajar dan keluarga masing-masing.

Dalam ucapannya YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan berkata, sebanyak RM2.5 juta telah diperuntukan bagi menghantar mereka balik ke Mesir bertolak dari Alor Setar dengan bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ujarnya, Kerajaan Negeri telah menyewa tiga pesawat Egypt Air untuk membawa para pelajar ini dengan empat penerbangan mulai 5 hingga 10 Mac ini. Penerbangan pertama pada 5 Mac ini membawa 224 pelajar diikuti penerbangan kedua seramai 222 pelajar, ketiga 222 pelajar dan selebihnya menerusi penerbangan ke empat.

“Kamu semua balik dan bersiap-siap datang pada 5 Mac ini berkumpul di Wisma Darul Aman dan bertolak dari sini ke KLIA, bye! bye di sini,” katanya disambut dengan tepukan kegembiraan seluruh hadirin.

Namun begitu, katanya, para pelajar terbabit hendaklah menunjukkan passport masing-masing kepada pihak pengurusan iaitu Yink bagi memastikan kepulangan mereka adalah menerusi Ops Piramid dan bukan secara kebetulan balik bercuti atau pulang melangsungkan perkahwinan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...