oleh : Tuan Ibrahim Tuan Man
5 Rejab 1432 H | 6 Jun 2011
5 Rejab 1432 H | 6 Jun 2011

“Ramai yang menganggap (pengunduran Ani) sebagai satu tindakan biasa seorang staf yang meletakkan jawatan, mungkin faktor umur atau prestasi kerja.
"Hari ini, kita tahu ianya adalah kerana sikap tegasnya untuk tidak menandatangani perjanjian berat sebelah dan tidak adil, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff semasa pentadbiran Mahathir,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Apa yang dibimbangi Ani kini menjadi kenyataan apabila kerajaan UMNO-BN berdolak-dalih untuk menyemak semula perjanjian dengan IPP yang sangat tidak adil walaupun didesak pelbagai pihak.
“Kerajaan tidak sanggup bertegas memotong subsidi sebanyak RM19 billion utk IPP berbanding tindakan mereka memotong subsidi ke atas keperluan rakyat.
"Hari ini rakyat merasa bangga di atas ketegasan Tan Sri Ani Arop menentang dasar yang tidak adil ini. Syabas dan tahniah di atas pengorbanan beliau dalam menentang kemungkaran ekonomi yang dibuat tangan UMNO-Barisan Nasional ini,” tambah Tuan Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan